Jadual Badminton SUKMA Sarawak 2024 (Acara Berkumpulan & Individu) – Keputusan Dan Siaran Langsung

By aiman

Updated on:

jadual badminton sukma sarawak 2024

Acara badminton SUKMA Sarawak 2024 pastinya menjadi antara tumpuan orang ramai dalam temasya Sukan Malaysia kali ini. Ini berikutan rentetan daripada kejayaan sukan badminton di Sukan Olimpik Paris baru-baru ini.

Untuk acara badminton, secara keseluruhan, ianya menawarkan 6 pingat emas dengan melibatkan 6 acara kesemuanya iaitu acara berkumpulan campuran, perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.

Badminton SUKMA 2024 akan bermula dari 17 hingga 24 Ogos 2024 iaitu sehingga hari terakhir temasya. Kesemua perlawanan akan berlangsung di Dewan Tertutup Sibu. Jadi mereka yang berdekatan, boleh datang dan berikan sokongan kepada pasukan negeri anda.

Acara Badminton SUKMA Sarawak 2024

Terdapat 2 acara utama bagi sukan badminton SUKMA kali ini iaitu acara berkumpulan dan acara individu. Untuk acara berkumpulan, ianya akn berlangsung dari 17 hingga 20 Ogos 2024. Manakala acara indivdu bermula 21 hingga 24 Ogos 2024.

1) Acara Berkumpulan Campuran

Untuk acara berkumpulan, hanya terdapat kategori campuran sahaja. Ianya bermula di peringkat kumpulan dengan melibatkan 12 pasukan negeri kesemuanya yang terdiri daripada 3 pasukan bagi setiap kumpulan :

  • Kumpulan A – Selangor, Sabah, Sarawak
  • Kumpulan B – Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Kelantan
  • Kumpulan C – Melaka, Pahang, Perak
  • Kumpulan D – Pulau Pinang, Perlis, Johor

Hanya 2 pasukan teratas dari setiap kumpulan yang layak ke peringkat kalah mati iaitu bermula di pusingan suku akhir. Diikuti pusingan separuh akhir dan final iaitu perbutan pingat emas.

Advertisements

2) Acara Individu

Manakala untuk acara individu, tiada undian peringkat kumpulan. Ianya akan bermula daripada pusingan awal dan dimain secara kalah mati. Mereka yang berjaya akan ke pusingan 16 terbaik, suku akhir, separuh akhir dan final

Bagi acara individu, setiap pasukan hanya dibenarkan menghantar 2 peserta bagi setiap acara badminton SUKMA Sarawak kali ini. Kesemua peserta yang bertanding mestilah berumur antara 13 hingga 21 tahun.

Siaran Langsung Acara Sukan Badminton SUKMA Sarawak 2024

Acara-acara terpilih akan disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM dan juga TV Sarawak atau TVS (MYTV 122 & Astro 122) iaitu di saluran yang menjadi penyiar rasmi temasya SUKMA Sarawak kali ini.

Jika anda berminat untuk saksikan sukan badminton secara khusus, boleh ikuti tontonan secara live streaming menerusi laman web tvsarawak di www.tvsarawak.my/badminton/ atau di youtube rasmi Stadium SUKMA TVS 1 disini.

Jadual & Keputusan Badminton SUKMA Sarawak 2024

Berikut merupakan jadual perlawanan melibatkan semua pasukan dalam acara berkumpulan campuran dan individu sepanjang temasya SUKMA 2024. Keputusan pula akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan

Peringkat Kumpulan

17 Ogos 2024 (Sabtu)

  • FT : Selangor (5) – (0) Sabah
  • FT : Wilayah Persekutuan (5) – (0) Negeri Sembilan
  • FT : Melaka (3) – (2) Pahang
  • FT : Pulau Pinang (5) – (0) Perlis
  • FT : Kelantan (2) – (3) Negeri Sembilan
  • FT : Perak (3) – (2) Pahang
  • FT : Johor (5) – (0) Perlis
  • FT : Sarawak (3) – (2) Sabah

18 Ogos 2024 (Ahad)

  • FT : Melaka (1) – (4) Perak
  • FT : Pulau Pinang (4) – (1) Johor
  • FT : Selangor (5) – (0) Sarawak
  • FT : Wilayah Persekutuan (4) – (1) Kelantan
Suku Akhir

19 Ogos 2024 (Isnin) – 10.00 pm

  • FT : Perak (1) – (3) Sarawak
  • FT : Selangor (3) – (0) Negeri Sembilan
  • Johor (2) – (3) Wilayah Persekutuan
  • FT : Melaka (0) – (3) Pulau Pianng
Separuh Akhir

19 Ogos 2024 (Isnin) – 4.00 pm

  • FT : Selangor (3) – (0) Sarawak
  • FT : Wilayah Persekutuan (3) – (0) Pulau Pinang
Penentuan Pingat Gangsa

20 Ogos 2024 (Selasa) – 10.00 pm

  • FT : Sarawak (1) – (3) Pulau Pinang
Final

20 Ogos 2024 (Selasa) – 10.00 pm

  • FT : Selangor (3) – (1) Wilayah Persekutuan

SENARAI PEMENANG PINGAT ACARA BERKUMPULAN CAMPURAN

Advertisements
EmasSelangor
PerakWilayah Persekutuan
GangsaPulau Pinang

21 Ogos 2024 (Rabu) – Pusingan Pertama

  • Jadual dan keputusan penuh bagi setiap acara boleh rujuk sini untuk hari pertama

22 Ogos 2024 (Khamis) – Pusingan 16

  • Jadual dan keputusan penuh bagi setiap acara boleh rujuk sini untuk hari pertama

23 Ogos 2024 (Jumaat) – Suku Akhir

  • Jadual dan keputusan penuh bagi setiap acara boleh rujuk sini untuk hari pertama

23 Ogos 2024 (Jumaat) – Separuh Akhir

  • Jadual dan keputusan penuh bagi setiap acara boleh rujuk sini untuk hari pertama

24 Ogos 2024 (Sabtu) – Final (Pingat Emas)

Perlawanan bermula pada jam 11.00 pagi

[MS] Perseorangan LelakiSet 1Set 2Set 3
Justin Hoh (WPE)2121
Ong Zhen Yi (PEN)1615
[WS] Perseorangan WanitaSet 1Set 2Set 3
Oo Shan Zi (PEN)1215
Wong Ling Ching (SWK)2121
[MD] Beregu LelakiSet 1Set 2Set 3
Goh Boon Zhe/R Beh Chun Meng (PEN)211915
Loh Hong Quan/Muhammad Faiq (SGR)192121
[WD] Beregu WanitaSet 1Set 2Set 3
Dania Sofea/Low Zi Yu (JHR)192121
Chong Jie Yu/Vanne Gobi (PRK)211912
[XD] Beregu CampuranSet 1Set 2Set 3
Aaron Tai Wei Qin/Noraqilah Maisarah (MLK)2121
Tan Wei Liang/Khor Jing Wen (PEN)1716

Untuk dapatkan info penuh jadual, senarai pemain dan keputusan perlawanan bagi acara badminton SUKMA Sarawak 2024, anda boleh rujuk disini

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment