Borang Permohonan Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Terbaru

By aiman

Published On:

Follow Us
borang ujian saringan hiv

Seperti yang diumumkan, bermula 1 Januari 2021, anda perlu menggunakan borang permohonan Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan yang baru yang akan digunakan di seluruh Malaysia.

Saringan HIV bagi bakal pengantin dikalangan orang Islam adalah wajib dan antara perkara yang perlu dilakukan sebelum melakukan pernikahan mulai tahun 2009.

Jadi antara perkara yang perlu dilakukan sebelum melangsungkan perkahwinan seperti perlu buat permohonan nikah bagi bakal pengantin lelaki dan perempuan dan juga borang saringan HIV, juga untuk perempuan dan lelaki.

Jika sebelum ini, borang saringan HIV atau HIV test ini berlainan bagi setiap negeri tetapi kali ini ianya diselaraskan untuk seluruh negara. Ini bermakna, anda hanya menggunakan borang yang sama bagi setiap negeri untuk menjalani saringan HIV Pra Perkahwinan.

Dapatkan Borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Yang Baru

Jadi bermula 1 Januari 2021, borang Ujian Saringan HIV untuk pra perkahwinan yang dikeluarkan oleh JAKIM dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri (JHEAIN) tidak akan digunakan lagi di Klinik Kesihatan.

Bakal pengantin yang ingin menjalani ujian ini di Klinik Kesihatan dikehendaki mengisi ‘Borang Permohonan Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan KKM/HIV/SPP01/09 PIND.01/2020‘. Ianya diselaraskan untuk semua negeri.

Anda boleh dapatkan borang permohonan ini secara online dengan dimuat turun dari Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) atau melalui JHEAIN di negeri masing-masing.

Borang permohonan ini perlu diisi dalam 𝐃𝐔𝐀 (𝟐) 𝐒𝐀𝐋𝐈𝐍𝐀𝐍 dan dibawa ke Klinik Kesihatan semasa hadir menjalani ujian saringan. 

Pemberitahuan Keputusan Ujian Saringan HIV Kepada Bakal Pengantin

Pemberitahuan keputusan ujian saringan HIV kepada bakal pasangan akan dilakukan dengan cermat dan profesional oleh Pengamal Perubatan selaras dengan MMC Guidelines on Confidentiality setelah mendapat persetujuan pesakit.

Info Berkaitan

  1. Tempoh sah laku pengesahan ujian saringan HIV adalah selama 6 bulan dari tarikh ujian saringan dilakukan
  2. Permohonan hendaklah dilakukan oleh pemohon selewat-lewatnya satu (1) bulan dari tarikh akad nikah bagi tujuan pengesahan keputusan daripada pihak Kesihatan
  3. Ujian bagi saringan HIV pra perkahwinan boleh dilakukan dimana-mana Klinik Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja.

sumber : hellokerja.com

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Borang Permohonan Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Terbaru”

Leave a Comment