Kini telah tiba apabila bakal berlangsung pertemuan Brazil vs Costa Rica yang mana masing-masing mewakil CONMEBOL dan CONCACAF dalam kejohanan Copa America 2024 kali ini.
Pertemuan kedua-dua pasukan ini merupakan perlawanan terakhir untuk hari Selasa yang mana diadakan pada 25 Jun 2024, bertempat di Stadium Sofi di Inglewood California dengan waktu sepak mula pada jam 9 pagi waktu Malaysia.
BACA JUGA : Jadual Penuh Semua Perlawanan Copa America 2024
Jika dilihat pertemuan ini, pastinya ianya memihak kepada juara 9-kali, Brazil. Ditambah pula dengan kehadiran pemain muda berbakat dalam pasukan ini seperti Rodrygo, Vinicius Junior, Endrick dan ramai lagi.
Akan tetapi, anak-anak Gustavo Alfaro pastinya akan memberi saingan yang hebat kepada pasukan gergasi ini. Setidak-tidaknya, mereka mampu untuk mencuri 1 mata dalam perlawanan ini.
Rekod Pertemuan Brazil vs Costa Rica Dalam Sejarah Copa America
Sejak kejohanan Copa America diadakan, kedua-dua pasukan ini hanya pernah bertemu sebanyak dua kali sahaja. Kali pertama pada tahun 1997 dan kali kedua untuk edisi 2004. Masing-masing dimenangi oleh Brazil dengan keputusan 5-0 dan 4-1.
Sejak tahun 2002, Costa Rica tidak pernah menang ketika bertemu Brazil dalam setiap perlawanan yang berlangsung. Kali terakhir adalah pada World Cup 2018 apabila Brazil menang 2-0 kepada Costa Rica.
Siaran Langsung Brazil vs Costa Rica (Live Streaming)
Seperti dijadualkan mengikut waktu Malaysia, pertemuan Brazil vs Costa Rica yang diadakan di Stadium SoFi ini akan berlangsung pada 25 Jun 2024, hari Selasa dengan waktu sepak mula pada pukul 9.00 pagi.
Jadi untuk penonton di tanah air, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi Astro Arena 2 (802) untuk ulasan bahasa melayu dan Astro Supersport 4 (814) beserta secara online di Astro Go.
Untuk yang ingin menyaksikan secara live streaming, anda boleh langgan Sooka untuk menonton di laman web atau aplikasi smartphone. Hanya berharga RM29.60 sebulan.
Keputusan Perlawanan
Brazil vs Costa Rica
Waktu : 9.00 pagi (MYT)
Venue : Stadium SoFi
Tayangan TV : Astro Arena 2 (802), Astro Supersport (814)
Live Streaming : Sooka