Jadual Siaran Langsung Copa America 2024 (Live Streaming) Dan Keputusan Perlawanan

By aiman

Updated on:

copa america

Nampaknya bulan Jun-Julai ini, kita bukan disajikan dengan UERO 2024 sahaja, tetapi ada satu la kejohanan berprestij iaitu Copa America 2024 yang mana kali ini melibatkan pasukan bola sepak kebangsaan bagi benua Amerika Selatan.

CONMEBOL Copa America 2024 akan membuka tirai kejohanan bermula 21 Jun hingga 15 Julai 2024 dan kali ini Amerika Syarikat (USA) dipilih sebagai hos untuk kejohanan yang kini sudah memasuki edisi ke-48.

Perlawanan pembukaan akan melibatkan penyandang juara, Argentina bertemu Kanada pada 21 Jun ini bertempat di Stadium Mercedes Benz di Atlanta. Manakala final akan dimainkan pada 15 Julai kelak di Stadium Hard Rock di Miami Gardens, Florida.

Argentina merupakan penyandang juara untuk edisi 2021 yang lalu yang juga telah memenangi kejohanan ini sebanyak 15 kali sama seperti Uruguay. Diikuti dengan Brazil sebanyak 9 kali sepanjang edisi yang telah berlangsun.

Edisi kali ini, tumpuan pastinya diberikan kepada Juara Dunia FIFA 2022, Argentina yang diketuali oleh Lionel Messi. Selain itu, Vinicius Junior untuk pasukan Brazil, Luis Suarez dan Darwin Nunez untuk Uruguay serta Luiz Diaz untuk Colombia.

Senarai Pasukan Dalam Copa America 2024 & Undian Peringkat Kumpulan

Untuk edisi kali ini, sebanyak 16 pasukan yang layak dan mengambil bahagian. 10 daripadanya daripada CONMOBEL, manakala 6 pasukan CONCACAF iaitu negara-negara Amerika Utara.

Kesemua pasukan bertanding telah diundi dalam empat kumpulan yang mana terdiri daripada empas pasukan setiap daripadanya.

  • Group A : Argentina, Peru, Chile, Canada
  • Group B : Mexico, Ecuador, Venezuela, Jamaica
  • Group C : Amerika Syarikat (H), Uruguay, Panama, Bolivia
  • Group D : Brazil, Colombia, Paraguay, Costa Rica

Kesemua pasukan akan bermula di peringkat kumpulan yang mana akan dimainkan dengan format round-robin satu pusingan. Dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati bermula di pusingan suku akhir.

Advertisements

Berbeza dengan kejohanan EURO, untuk Copa America akan ada dan berlangsung perlawanan penentuan tempat ketiga sebelum final yang akan dilangsungkan pada keesokan harinya.

Siaran Langsung Copa America 2024 Dan Live Streaming

Berita gembira untuk semua peminat bola sepak di Malaysia apabila kejohanan Copa America 2024 akan ditayangkan di Astro. Kali ini mereka mendapat hak penyiaran berbanding syarikat lain.

Jadi anda boleh saksikan kesemua 32 perlawanan secara langsung yang akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Supersport 4 (814) atau secara online di Astro Go. Boleh dapatkan pek Sukan.

Tapi bagi yang tiada akses Astro, anda boleh tonton secara live streaming menggunakan platform Sooka sama ada laman web atau aplikasi mobile. Hanya perlu langgan pas Sports dengan harga RM26.90 sebulan.

Sama seperti kejohanan Piala Eropa 2024, tiada tayangan secara percuma di RTM. Jadi orang ramai perlu langgan sama ada Astro, Njoi atau Sooka sahaja untuk saksikan aksi Copa America 2024.

Jadual & Keputusan Perlawanan

Kalau EURO, kita disajikan perlawanan yang ditayangkan pada tengah malam. Tapi Copa America berbeza sedikit apabila waktu perlawanan adalah pada belah pagi. Jadi dah habis tengok game tengah malam, sambung pula game pagi. Mantap!

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan bagi CONMOBEL Copa America 2024 bermula daripada peringkat kumpulan, suku akhir, separuh akhir, penentuan tempat ketiga (third place play-off) dan final.

Kesemua tarikh dan masa perlawanan adalah mengikut waktu Malaysia

Peringkat Kumpulan

21 Jun 2024 (Jumaat)

  • FT : Argentina (2) – (0) Kanada – 8.00 am

22 Jun 2024 (Sabtu)

  • FT : Peru (0) – (0) Chile – 8.00 am

23 Jun 2024 (Ahad)

  • FT : Ecuador (1) – (2) Venezuela – 6.00 am
  • FT : Mexico (1) – (0) Jamaica – 9.00 am

24 Jun 2024 (Isnin)

  • FT : USA (2) – (0) Bolivia – 6.00 am
  • FT : Uruguay (3) – (1) Panama – 9.00 am

25 Jun 2024 (Selasa)

  • FT : Colombia (2) – (1) Paraguay – 6.00 am
  • FT : Brazil (0) – (0) Costa Rica – 9.00 am

26 Jun 2024 (Rabu)

  • FT : Peru (0) – (1) Canada – 6.00 am
  • FT : Chile (0) – (1) Argentina – 9.00 am

27 Jun 2024 (Khamis)

  • FT : Ecuador (3) – (1) Jamaica – 6.00 am
  • FT : Venezuela (1) – (0) Mexico – 9.00 am

28 Jun 2024 (Jumaat)

  • FT : Panama (2) – (1) USA – 6.00 am
  • FT : Uruguay (5) – (0) Bolivia – 9.00 am

29 Jun 2024 (Sabtu)

  • FT : Colombia (3) – (0) Costa Rica – 6.00 am
  • FT : Paraguay (1) – (4) Brazil – 9.00 am

30 Jun 2024 (Ahad)

  • FT : Argentina (2) – (0) Peru – 8.00 am
  • FT : Canada (0) – (0) Chile – 8.00 am

1 Julai 2024 (Isnin)

Advertisements
  • FT : Mexico (0) – (0) Ecuador – 8.00 am
  • FT : Jamaica (0) – (3) Venezuela – 8.00 am

2 Julai 2024 (Selasa)

  • FT : Bolivia (1) – (3) Panama – 9.00 am
  • FT : USA (0) – (1) Uruguay – 9.00 am

3 Julai 2024 (Rabu)

  • FT : Brazil (1) – (1) Colombia – 9.00 am
  • FT : Costa Rica (2) – (1) Paraguay – 9.00 am

Suku Akhir

5 Julai 2024 (Jumaat)

  • AET : Argentina (1) – (1) Ecuardo [Pen: 4-2] – 9.00 am

6 Julai 2024 (Sabtu)

  • AET : Venezuela (1) – (1) Canada [Pen: 3-4] – 9.00 am

7 Julai 2024 (Ahad)

  • FT : Colombia (5) – (0) Panama – 6.00 am
  • AET : Uruguay (0) – (0) Brazil [Pen: 4-2] – 9.00 am

Separuh Akhir

10 Julai 2024 (Rabu)

  • FT : Argentina (2) – (0) Canada – 8.00 am

11 Julai 2024 (Khamis)

  • FT : Uruguay (0) – (1) Colombia – 8.00 am

Penentuan Tempat Ketiga

14 Julai 2024 (Ahad)

AET : Canada vs Uruguay [Pen: 3-4] – 8.00 am

  • R. Bentancur 8′
  • I. Kone 22′
  • J. David 80′
  • L. Suarez 90+3′

Final

15 Julai 2024 (Isnin)

AET : Argentina (1) – (0) Colombia – 8.00 am

  • L. Martinez 112′
JuaraArgentina
Naib JuaraColombia
Tempat KetigaUruguay

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

1 thought on “Jadual Siaran Langsung Copa America 2024 (Live Streaming) Dan Keputusan Perlawanan”

Leave a Comment