Kini sudah memasuki peringkat kalah mati apabila bakal berlangsung pusingan suku akhir Copa America 2024 yang dijadualkan bermula dari 5 hingga 7 Julai 2024 iaitu selama tiga hari berturut-turut.
Daripada 16 pasukan, kini hanya tinggal 8 sahaja yang bakal meneruskan cabaran dalam aksi Copa America 2024 sekali gus mengejar gelaran juara. Pasukan manakah yang layak ke peringkat kalah mati ini?
BACA JUGA : Jadual Penuh Copa America 2024
Senarai Pasukan Layak Ke Suku Akhir Copa America 2024
Saingan Copa America 2024 bermula di peringkat kumpulan dimana terdapat 4 kumpulan yang terdiri daripada 16 pasukan secara keseluruhan. Format pertandingan adalah secara round-robin satu pusingan.
Juara dan naib juara bagi setiap kumpulan secara automatik layak ke peringkat kalah mati bermula daripada saingan pusingan suku akhir. Kemudian diikuti pusingan separuh akhir, penentuan tempat ketiga dan final.
Berikut merupakan 8 pasukan layak ke pusingan suku akhir Copa America 2024:
- Argentina
- Kanada
- Venezuela
- Ecuador
- Uruguay
- Panama
- Colombia
- Brazil
Daripada senarai diatas, Argentina dan Kanada masing-masing berada di top 2 kumpulan A. Venezuela dan Ecuardor juara dan naib juara kumpulan B. Uruguay sebagai juara dan Panama sebagai naib juara kumpulan C.
Manakala Colombia muncul sebagai juara kumpulan D, diikuti gergasi bola sepak, Brazil ditempat kedua atau sebagai naib juara.

Format Pertandingan
Bermula di pusingan suku akhir, ianya akan dimainkan secara kalah mati. Tetapi sekiranya tiada pemenang dalam tempoh 90 minit, pemenang terus ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti. Tiada masa tambahan seperti kejohanan-kejohanan lain.
Siaran Langsung Suku Akhir Copa America 2024 – Live Streaming
Selesai menonton saingan EURO 2024 pada tengah malam. Kemudian sambung pula untuk saingan Copa America 2024 dibelah pagi. Jadi boleh back-to-back saksikan aksi bola sepak secara langsung di kaca tv.
Untuk saingan suku akhir Copa America, seperti sebelumnya juga dimana akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Supersport 4 (814) atau secara online di Astro Go, khusus untuk pengguna Astro.
Bagi yang tiada Astro, boleh tonton secara live streaming iaitu menerusi platform Sooka. Hanya perlu langgan dengan harga serendah RM12.50 untuk pas 24-jam atau RM29.60 untuk pas bulanan.
Jadual Dan Keputusan Suku Akhir Copa America 2024
Berikut merupakan jadual perlawanan bagi saingan suku akhir Copa America 2024 dimana tarikh dan masa sepak mula mengikut waktu Malaysia. Keputusan perlawanan pula hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan.
5 Julai 2024 (Jumaat)
FT : Argentina (1) – (1) Ecuardo [Pen: 4-2]
- Lisandro Martinez 35′
- Kevin Rodriguez 90+1′
Masa : 9.00 pagi
Venue : Houston, Texax
TV : Astro Supersport 814
Live Streaming : Sooka
6 Julai 2024 (Sabtu)
AET : Venezuela (1) – (1) Canada [Pen: 3-4]
- Jacob Shaffelburg 13′
- Solomon Rondon 64′
Masa : 9.00 pagi
Venue : Arlingon, Texas
TV : Astro Supersport 814
Live Streaming : Sooka
7 Julai 2024 (Ahad)
FT : Colombia (5) – (0) Panama
- Jhon Cordoba 8′
- James Rodriguez 15′
- Luis Diaz 41′
- Richard Rios 70′
- Miguel Borja 90+4′
Masa : 6.00 pagi
Venue : State Farm Stadium
TV : Astro Supersport 814
Live Streaming : Sooka
AET : Uruguay (0) – (0) Brazil [Pen: 4-2]
Masa : 9.00 pagi
Venue : Allegiant Stadium
TV : Astro Supersport 814
Live Streaming : Sooka