Berita baik untuk pengguna Astro. Anda kini boleh dapatkan akses 2 bulan Prime Video secara percuma sempena pelancaran aplikasi tersebut yang kini tersedia di Ultra Box dan Ulti Box.
Astro baru-baru ini telah mengumumkan dimana terdapat satu lagi aplikasi OTT telah memasuki platform Ultra Box. Ini merupakan aplikasi ke-15 yang terbaru selepas Netflix, Max, Disney+ Hotstar, Viu dan sebagainya.
Jadi sempena pelancaran inilah, Astro nak belanja semua secara percuma bagi pengguna Astro terutamanya mereka yang menggunakan Ultra Box dan Ulti Box akses percuma selama 2 bulan untuk apliaksi Prime Video.
BACA JUGA : Aktifkan Amazon Prime Percuma Disini
Dalam tempoh ini, anda boleh la layan kandungan seperti siri The Boys, Reacher, The Rings Of Power, filem Budak Flat, G20, Game Changer, Vettaiyan, Newtopia, Beast Game dan banyak lagi.
Cara Aktifkan 2 Bulan Prime Video Secara Percuma
Free trial 2 bulan untuk aplikasi ini, anda terlebih dahulu perlu untuk aktifkan sebelum mendapat akses sepenuhnya. Jadi anda boleh ikuti langkah mudah dibawah untuk aktifkan Prime Video
- Pergi ke aplikasi MyAstro dan login menggunakan akaun Astro anda seperti biasa
- Pergi bahagian Account dan klik Subcription
- Masuk pada Add-ons
- Pada bahagian Apps (Prime Video 2 months Access), klik pada Activate Now
- Anda akan dibawa ke halaman baru, klik Proceed
- Daftar akaun Amazon untuk mendapatkan akses Prime Video
- Daftar menggunakan no. telefon lebih mudah. Ikut segala arahan yang diberi
- Selesai

Jika sudah terpapar Congratulations. Ini bermakna, anda kini sudah dapat akses free trial 2 bulan Amzon Prime dibawah promosi Astro.
Anda boleh tonton di telefon pintar, tablet atau di Smart TV anda. Hanya perlu masukkan no. telefon untuk login dan boleh mula untuk layan kandungan yang tersedia dalam katalog.
Untuk info, akses Prime Video secara percuma ini akan tamat dalam tempoh 2 bulan. Jadi selepas itu, langganan ini akan terhenti secara automatik. Jika anda berminat untuk dapatkan akses seterusnya, anda boleh langgan pek movie pula.