Pembayaran i-Saraan KWSP kini menjadi pilihan utama ramai pencarum sukarela yang ingin memastikan simpanan hari tua mereka terus berkembang dengan mudah dan pantas meskipun kerja tanpa majikan.
Program i-Saraan yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi peluang kepada individu bekerja sendiri, freelancer, peniaga kecil, suri rumah dan mereka tanpa pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela.

Dengan perkembangan teknologi, proses pembayaran caruman i-Saraan kini tidak lagi memerlukan anda datang ke pejabat KWSP. Anda boleh bayar atau buat caruman menggunakan online banking sahaja.
Dalam artikel ini, kami akan bantu anda menunjukkan langkah demi langkah tentang cara bayar i-Saraan KWSP secara online menggunakan Maybank2u dengan mudah, cepat dan selamat.
Cara Bayar Dan Buat Carumah i-Saraan KWSP Menggunakan Maybank2u
Meskipun perkongsian ini menggunakan platform Maybank, tetapi caranya hampir sama bagi mana-mana online banking sekali pun. Jadi anda boleh rujuk panduan lengkap seperti dibawah :
- Login akaun Maybank2u anda di https://www.maybank2u.com.my/
- Pada tab utama, pilih Pay & Transfer
- Pilih Pay > Pay To > Payee dan cari EPF
- Disini anda perlu masukkan no. ahli KWSP anda
- Kemudian pada bahagian EPF Account Type > pilih i-Saraan/i-Suri
- Masukkan nama anda beserta no. MyKad
- Masukkan jumlah yang ingin anda carum
- Akhir sekali, klik Pay dan buat pembayaran seperti biasa sehingga selesai
Caruman anda tidak akan masuk serta merta. Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik dan 7 hari bekerja untuk bayaran melalui saluran lain.
Jadi anda boleh semak di i-Akaun KWSP selepas beberapa hari.