Anda pernah rasa bila tengok Astro, tiba anda perasan suara delay atau lambat sikit daripada mulut yang diungkapkan oleh pelakon tersebut. Ini adalah disebabkan audio delay yang berlaku.
Mungkin anda dah dengar pelakon tersebut cakap ‘saya dah makan’, tetapi mulut pelakon tersebut tidak selari dengan bunyi atau suara yang dilontarkan. Ini sedikit sebanyak akan menggangu fokus kita untuk menonton.
Perkara ini sebenarnya biasa terjadi pada mana-mana alat digital termasuklah Astro. Mungkin ada beberapa setting yang tertukar atau sebagainya yang kita mungkin tak perasan atau tak tahu pun.
Tapi jangan risau, Astro masih menyediakan setting tersebut untuk anda tetapkan semula iaitu dipanggila Audio Delay. Anda boleh tetapkan semula supaya suara delay tersebut menjadi kembali normal.
Cara Setting Dan Betulkan Suara Delay Di Astro
Anda boleh ikuti tutorial dan cara-cara untuk betulkan suara delay yang dikongsikan dibawah. Khusus untuk pengguna Astro Ultra Box dan Ulti Box sahaja.
Langkah 1 : Pada alat kawalan jauh atau remote anda, tekan butang Home dibahagian tengah. Menu utama akan dipaparkan pada skrin tv anda

Langkah 2 : Kemudian pilih butang Setting dibahagian hujung atas sekali

Langkah 3 : Disini terdapat banyak setting yang anda boleh tetapkan semula. Untuk ubah suara delay ini, pergi paga bahagian Audio/Video dan pilih ‘Audio Delay’

Langkah 4 : Sekarang anda boleh tetapkan dari 0 ms hingga 12 ms mengikut kepada situasi. Untuk pilih, tekan butang Ok pada remote. Adjust sehingga tiada lagi audio delay yang berlaku.
Jadi lepas ni, kalau masih berlaku suara lambat daripada mulut. Atau mulut cepat daripada suara dan sebagainya, boleh adjust di setting Audio Delay ini sehingga kembali normal seperti biasa.
Untuk info lanjut, boleh rujuk Support Astro di sini https://support.astro.com.my/change-audio-delay-ultra-box-ulti-box