Walaupun sudah ditetapkan kesalahan, tapi masih lagi ada yang merokok di kedai makan. Jadi untuk mengelakkannya lagi terus berlaku, anda boleh buat aduan atau terus report kepada KKM untuk tindakan undang-undang.
Premis makanan atau restoren adalah tempat orang ramai. Jadi disini biasa ada pelbagai golongan yang datang. Ada orang dewasa, kanak-kanak, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Jadi sepatutnya ianya sebuah tempat yang selamat. Orang datang pun nak makan je kan.
Tapi tidak, sedang kita nikmati juadah makanan, ada mereka dengan bersahaja tanpa rasa bersalah merokok di kedai makan. Dengan itu juga, orang sekeliling menjadi ‘secondhand smoke’ yang mana kesanya cukup bahaya. Anda tidak merokok, tapi asap rokok sangat bahaya.
Disebabkan itulah, Kerajaan telah menetapkan larangan merokok di kedai makan. Nak merokok biar sendiri je rasa. Oleh itu, pergi ke tempat yang lebih jauh terutamanya daripada premis makanan atau restoren yang fungsi utamanya adalah untuk makan.
Undang-Undang Larangan Merokok Di Kedai Makan
Untuk info, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewartakan tempat makan (premis makanan) atau restoren di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok iaitu berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019.
BACA JUGA : Cara Buat Aduan SISPA Kepada KKM
Kebenaran merokok hanya diberi tiga meter atau 10 kaki dari kedai makan dan restoren terbuka. Jadi kalau nak merokok juga, bukan di dalam restoren, tetapi perlu ke tempat yang lebih jauh.
Ini merupakan perluasan pewartaan di tempat makan di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPHKT) 2004 pindaan 2018, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019. Selain itu, terdapat juga tempat-tempat larangan lain untuk merokok
Jika sabit kesalahan, pelaku dikompaun sebanyak RM250 dan ditawarkan pengurangan untuk kesalahan pertama. Untuk kesalahan kedua, masih di kompaun RM250 tetapi tidak pengurangan ditawarkan. Untuk kesalahan ketika, kompaun dinaikkan sebanyak RM350.
Cara Buat Aduan Merokok Di Kedai Makan Atau Report Kepada KKM
Aktiviti penguatkuasaan dilakukan secara berkala daripada KKM. Tapi mungkin ada yang masih berdegil untuk merokok di restoren. Jadi sekiranya tiada pegawai penguatkuasa, anda sebenarnya boleh buat aduan atau buat report kepada KKM.
Kalau lepas ni, anda makan di restoren, tetapi ada yang masih degil merokok, anda boleh terus buat report kepada KKM. Aduan kesalahan merokok di restoren boleh dibuat secara online menerusi Whatsapp sahaja.
Langkah 1 : Tangkap gambar perokok yang sedang merokok dalam premis atau restoren
Langkah 2 : Dapatkan nama restoren beserta alamat lokasi
Langkah 3 : Pastikan waktu dan tarikh yang tepat sewaktu anda merakam pelaku yang merokok tersebut
Langkah 4 : Hantar segala maklumat tersebut menerusi Whatsapp di 010 8608949 atau klik sini. Selain itu, boleh hubungi pejabat di 03-88924530
Dengan talian whatsapp ini juga, anda boleh buat aduan kepada KKM dengan kesalahan tiada papan tanda larangan merokok dalam restoren.
Adalah lebih baik jika anda sendiri menegur perokok tersebut. Tetapi mungkin dengan teguran tersebut akan berlaku sesuatu yang tidak diingini. Jadi boleh terus buat aduan kepada KKM dengan langkah diatas.
Seperti biasa, kalau tiada tindakan, cara terakhir paling function adalah viral kan sahaja kesalahan tersebut. Setel masalah.