Cara Buat Aduan SISPAA KKM Bagi Tingkah Laku Salah Doktor, Nurse Dan Pegawai Terlibat

By aiman

Published on:

cara buat aduan sispaa

Kalau ada ingin buat laporan tentang salah laku doktor, nurse atau pegawai perubatan terlibat, anda boleh ikuti langkah ini cara buat aduan SISPAA KKM. Gunakan saluran yang betul.

Mungkin ada yang tak tahu. Jadi jika ada perkara berkaitan kesalahan tingkah laku pegawai perubatan terutamanya, terus kita viralkan di media sosial. Kongsikan segala keburukan yang dibuat kepada umum.

BACA JUGA : Cara Buat Aduan SISPAA Tingkah Laku Salah Cikgu Kepada KPM

Advertisements

Perkara ini biasa kita lihat, lagi-lagi sekarang ni semua ada media sosial. Ada facebook, twitter atau tiktok. Jadi jika ada perkara buruku sikit, rakam dan kemudian terus share di media sosial.

Ini bukanlah cara yang betul untuk anda laporkan aduan. Ini kerana, ada sistem yang telah disediakan oleh pihak kerajaan sendiri untuk buat laporan atau aduan terutamanya daripada orang awam.

Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) telah disediakan bagi setiap kementerian. Untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), juga ada sistem ini. Jadi anda boleh buat aduan menggunakan saluran ini terlebih dahulu.

Meskipun begitu, SISPAA disediakan bukanlah bertujuan semata-mata untuk buat aduan, tetapi disini juga anda boleh buat sebarang penghargaa, pertanyaan atau cadangan yang berkaitan dengan perkhidmatan. Ikut kementerian.

Cara Buat Aduan SISPAA KKM

Dalam konteks Kementerian Kesihatan, sekiranya anda berhadapan dengan masalah tingkah laku daripada doktor, nurse atau mana-mana pegawai kesihatan, anda boleh buat aduan menggunakan saluran SISPAA.

Ikuti langkah mudah dibawah untuk orang awam buat report tentang bagaimana cara buat aduan SISPAA KKM.

Advertisements
  1. Pergi ke laman web SISPAA KKM di http://moh.spab.gov.my/
  2. Klik pada Aduan
  3. Masukkan tajuk berkaitan sesuai dengan keadaan yang dihadapai
  4. Kemudian huraikan apakah kesalahan yang dibuat atau dilakukan oleh mana-mana penjawat awam tersebut
  5. Letakkan lokasi kejadian
  6. Pada bahagian lampiran, boleh letakkan gambar jika ada.
  7. Masukkan Maklumat Tambahan jika ada yang berkaitan
  8. Masukkan butiran peribadi anda
  9. Jika sudah selesai, klik Hantar

Setiap report atau aduan yang dibuat, sudah pastinya akan diteliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Pihak KKM berhak menolak aduan sekiranya pengadu enggan memberikan maklumat yang betul dan lengkap.

Selain itu, jika pengadu ada berniat jahat seperti membuat segala bentuk ugutan atau ancaman dan sebarang aduan yang menggunakan bahasa kesat dan lucah juga, KKM berhak untuk menolak report tersebut.

Gunakanlah saluran ini dengan betul serta bertujuan baik. Jangan menggunakan dengan cara yang salah dan berniat untuk jatuhkan individu yang lain. Fikir dahulu sebelum buat aduan.

Diharapkan perkongsian cara buat aduan SISPAA KKM ini bermanfaat untuk anda yang mungkin sedang berada dalam situasi yang tidak menyenangkan terutamanya ketika berurusan dengan KKM.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

2 thoughts on “Cara Buat Aduan SISPAA KKM Bagi Tingkah Laku Salah Doktor, Nurse Dan Pegawai Terlibat”

Leave a Comment