Cara Buat Aduan SISPAA Bagi Tingkah Laku Salah Cikgu Kepada KPM

By aiman

Published on:

cara buat aduan sispaa

Nak tahu cara buat aduan SISPAA terutamanya untuk kesalahan tingkah laku bagi penjawat awam seperti cikgu yang boleh terus report ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), boleh tengok sini.

Setiap kementerian telah menyediakan saluran rasmi untuk buat sebarang aduan atau report iaitu menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

BACA JUGA : Cara Buat Aduan SISPAA Kepada KKM

Advertisements

Akan tetapi ianya bukanlah terhad kepada aduan kesalahan tingkah laku penjawat awam semata-mata. Untuk KPM, anda boleh adukan berkaitan hal pendidikan sama ada berbentuk aduan, maklum balas, pertanyaan atau penghargaan.

Sebagai contoh, jika anda dapat tahu ada guru atau cikgu di sekolah yang melakukan kesalahan terang-terang melanggar undang-undang atau melakukan sebarang kesalahan tingkah laku, boleh buat report di SISPAA ini.

Segala adua ini adalah tanpa nama atau histleblower. Jadi anda tidak perlu risau jika anda ingin buat sebarang aduan, kerana tiada orang tahu pun dan pihak berwajib akan lakukan siasatan selepas itu.

Cara Buat Aduan SISPAA Kepada KPM

Untuk buat report ni, terdapat pelbagai cara sama ada melalui telefon, hadir sendiri, menulis surat, faks, semasa berada di program-program bertemu orang ramai atau secara online menerusi laman web SISPAA sendiri.

Jadi jika anda ingin buat aduan kepada mana-mana kesalahan terutamanya untuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), anda boleh rujuk disini cara buat aduan SISPAA:

Advertisements
  1. Pergi ke laman web http://moe.spab.gov.my/
  2. Klik pada Aduan/Maklum Balas Baharu
  3. Pilih jenis aduan;
    • ADUBULI untuk sebarang kesalahan tingkah laku
  4. Letak tajuk yang bersesuaian dengan keadaan tersebut
  5. Kemudian huraikan apakah kesalahan yang dilakukan oleh cikgu, guru atau mana-mana penjawat awam tersebut
  6. Letakkan harapan anda apa hasil yang dikehendaki
  7. Lampirkan sebarang dokumen jika ada.
  8. Masukkan butiran peribadi anda
  9. Jika sudah selesai, klik Hantar
cara buat aduan sispaa cikgu kpm

Setiap report atau aduan yang diterima akan diteliti dan dikemukakan kepada bahagian yang terlibat untuk diberikan maklum balas siasatan (jika perlu).

Segala aduan akan diselesaikan dalam seberapa segera yang boleh. Tetapi jika kesnya rumit, mungkin akan mengambil masa untuk berikan maklum balas.

Diharapkan perkongsian cara buat aduan SISPAA untuk KPM ini bermanfaat kepada anda terutamanya jika anda berhadapan dengan situasi tersebut.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

4 thoughts on “Cara Buat Aduan SISPAA Bagi Tingkah Laku Salah Cikgu Kepada KPM”

  1. Harga buku tesk sangat mahal yang beharga RM 70 keatas .selain itu,mereka memaksa untuk membeli buku tesk tersebut.Disamping itu,masa itu ada pihak kerajaan bagi duit untuk membaiki tandas tetapi tandas tersebut Masih rosak kerena pihak pengurusan di sekolah ini sangat teruk .seterusnya,masa prep di sekolah kubong ini sangat lama iaitu pada waktu petang kami prep pada pukul 2.30pm sehingga 4.40pm Dan pada waktu malam 7.30 hingga 9.30 yang menyebabkan kami tak cukup rehat Dan selalu tidur di dalam kelas.setelah itu,apa apa kerosankan di asrama tidak dibaiki .seterusnya,kami di asrama tidak dapat main seperti main bola Dan lain lain lagi Dan pihak PKHM Dan penolong kanan sangat pentingkan diri sendiri Tanpa menhirau perasaan cikgu atau ibubapa Dan murid .itu sahaja Dari saya ,saya berharap pihak ini dapat ambil tindakan ini dengan segera kerana kami betul betul sengsara dengan peraturan sekolah dn tidak lama tahan dengan sekolah ini.saya mohon maklum balas Dari anda

    Reply
  2. Selamat sejahtera saya seorang ibu tunggal sekarang saya ada masala seorang guru discipline di smk senai johor akan malukan anak perempuan saya pasal itu anak saya pergi sampai cedera. Guru discipline itu akan malukan depan murid lelaki

    Reply
  3. hello slmt malam,,sy mau buat aduan pasal sk.kimondou ranau,cikgu ninelipya lumbog,dia telah mengunting kening adik saya,kerana adik saya bermain2 mengunting keningnya,sepatutnya cikgu mendidik bukan tambah mengunting kening adik saya,,,,dia sangat tidak menghormati keluarga murid,ramai sudah ibu bapa yang complain pasal itu cikgu tp tiada sebarang tindakan yg dibuat.

    Reply

Leave a Comment