Cara Buat Air Nabeez, Air Rendaman Kurma Kegemaran Rasullullah, Rahsia Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan

By aiman

Published On:

Follow Us
resepi air nabeez

Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin tidak berkenaan tentang Air Nabeez. Akan tetapi ia sebenarnya bukanlah air minuman yang baru diperkenalkan, namun masih ramai yang belum mengamalkannya.

Air Nabeez mesti bersama dengan kurma. Kurma pula sinonim dengan ketika bulan Ramadan iaitu ketika umat Islam berpuasa. Jadi air minuman ini biasanya akan diamalkan ketika berbuka atau bersahur.

Air Nabeez merupakan minuman sunnah yang menjadi kegemaran Rasulullah SAW, diperoleh dengan merendam kurma dalam air semalaman. Minuman ini menawarkan pelbagai khasiat untuk kesihatan terutamanya untuk kekal bertenaga di bulan Ramadan.

Cara Buat Air Nabeez

Cara buat atau resepi Air Nabeez ini mudah sahaja. Tetapi rasa minuman ini adalah bergantung kepada jenis kurma yang digunakan. Jika kurma manis, maka air tersebut rasanya manis dan sebaliknya.

1. Ambil kurma dalam bilangan angka ganjil 3 atau 5 atau 7 biji

Iklan Disini

2. Buang biji kurma dan carik-carikkan isinya

3. Rendam isi kurma tersebut dalam air masak satu gelas pada waktu malam. Tutup gelas tersebut dan biar semalamam untuk diminum pada waktu sahur

4. Pada waktu sahur keesokan harinya, air rendaman tersebut boleh diminum, dan isi kurma yang telah lembut boleh dimakan

    Khasiat Air Nabeez

    • Peningkatan Tenaga: Menyediakan sumber tenaga segera dan membantu memulihkan tenaga yang hilang.
    • Kandungan Serat Tinggi: Membantu mengurangkan kolesterol jahat dan mencegah sembelit.
    • Sumber Zat Besi: Menyokong pembentukan sel darah merah dan mencegah anemia.
    • Kaya dengan Kalium: Membantu menjaga kesihatan jantung dan menstabilkan tekanan darah.

    Air minuman Nabeez bersifat alkali, yang dapat membantu menyingkirkan asid berlebihan dalam perut dan memperbaiki sistem pencernaan.

    Selain itu, minuman ini berfungsi sebagai detoks semula jadi dengan menyingkirkan toksin berbahaya dari tubuh. Kandungan seratnya yang tinggi juga dapat meningkatkan fungsi kognitif dan mencegah masalah ingatan.

    Selain kurma, kismis juga boleh digunakan untuk membuat Air Nabeez. Caranya adalah dengan merendam segenggam kismis dalam air masak semalaman dan minum air rendaman tersebut pada keesokan harinya.

    Iklan Disini

    Amalkan minuman ini secara berkala untuk menikmati manfaat kesihatan terutamanya untuk kekal bertenaga ketika bulan Ramadan. Bagi ibu menyusu juga boleh cuba Air Nabeez ini.

    Gambar : TikTok adeebaeryna

    aiman

    Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

    Join WhatsApp

    Join Now

    Join Telegram

    Join Now

    Related Posts

    Leave a Comment