Bagi pengguna kad kredit, pembelian bernilai tinggi seperti telefon pintar, peralatan elektrik, perabot atau tiket percutian kadangkala boleh memberi kesan kepada aliran tunai bulanan jika perlu dibayar sekaligus.
Atas sebab itu, Public Bank menyediakan kemudahan Flexipay atau dikenali Flexi Payment Plan (FPP) yang mana transaksi yang layak boleh ditukar kepada bayaran ansuran bulanan mengikut tempoh tertentu, sekali gus membantu mengurus kewangan dengan lebih teratur. Jadi anda tak perlu bayar dengan nilai yang besar terus.
Sebagai contoh, jika anda membeli iPhone dengan harga RM3,000, anda boleh buat bayaran secara ansuran menerusi Flexipay Public Bank dalam tempoh 6 bulan. Ini bermakna, anda hanya perlu bayar RM250 sebulan sehingga selesai.
BACA JUGA : Mohon Kad Kredit Public Bank Secara Online
Jadi khusus untuk pengguna Public Bank, anda boleh ikuti cara buat Flexipay Public Bank untuk convert bayaran secara ansuran dengan 2 kaedah. Ikuti penerangan lengkap seperti dibawah.
Cara Buat Flexipay Public Bank
Untuk Public Bank ada 2 cara untuk anda gunakan buat Flexipay iaitu dengan hubungi pihak bank dan juga mohon secara emel. Untuk ketahui langkah-langkahnya anda boleh ikuti seperti dibawah :
1) Hubungi Pihak Bank
Anda boleh hubungi di talian 03-2170 8000 dan pilih untuk urusan Kad Kredit. Anda akan bercakap dengan pegawai bank secara terus. Pada waktu ini anda bagi tahu nak buat Flexipay dan kemudian untuk transaksi yang mana.
BACA JUGA : Cara Mohon EzyCash Kad Kredit Maybank Dengan Mudah
Secara contoh jika ketika itu ada promosi 0% untuk 6 bulan, anda bagi tahu anda inginkan promosi tersebut. Jika cukup syarat, pegawai tersebut akan terus luluskan permohonan Flexipay Public Bank anda tersebut.
Selepas berjaya untuk mohon flexipay, anda akan menerima notification daripada pihak Public Bank dengan menyatakan permohonan anda tersebut berjaya. Pada hari berikutnya barulah akan dipaparkan dalam transaksi di aplikasi MyPB anda.

2) Mohon Menggunakan Emel
Cara kedua adalah bagi golongan introvert yang mungkin malas bercakap dengan pegawai bank. Anda boleh mohon Flexipay Public Bank dengan menghantar emel sahaja. Anda boleh berurusan pada bila-bila masa sahaja.
Anda boleh hantarkan permohonan FPP anda di alamat emel custsvc@publicbank.com.my dan seterusnya menyatakan hasrat anda dalam emel tersebut. Anda boleh gunakan template emel seperti dibawah :
Title : Request to Convert Credit Card Transaction to 0% Flexipay, 6 Months
Dear Public Bank Customer Service,
I would like to request the conversion of my recent Public Bank Visa Credit Card transaction amounting to RM1,010 into the 0% Flexipay instalment plan for a tenure of 6 months, as per the ongoing promotion.
Kindly let me know if my transaction is eligible for this promotion and assist me with the conversion process.
My details are as follows:
Name: xxx
IC No.: xxxx
Credit Card No.: xxxxxx
Transaction Amount: RM1,010
Transaction Details: TNG-EWALLET ECOM-KUALA LUMPUR MY
Transaction Date: 14 July 2026
If any additional information or documents are required, please let me know. Thank you for your assistance. I look forward to your favourable response.
*anda hanya perlu tukar pada bahagian yang bergaris dan masukkan butiran diri anda pada ruang yang disediakan. Kemudian boleh send emel terus.
Berbeza dengan panggilan telefon, permohonan FPP Public Bank menggunakan emel akan ambil masa sedikit, tetapi tidak lama.
Dari pengalaman, anda mohon pada tengah hari atau petang waktu pejabat, sekiranya layak, pada malam anda akan dapat jawapan sama ada lulus atau tidak. Status tersebut akan diumumkan menerusi notification daripada apps MyBE sendiri.
p/s: untuk info, topup Touch n Go eWallet guna kad kredit juga anda boleh convert kepada FPP Public Bank ini.
Buat Apa Bayar Lumsump Kalau Boleh Bayar Ansuran
Dari pengalaman, Public Bank antara bank yang menawarkan kadar flexipay yang sangat menarik. Pernah menawarkan 0% untuk 6-bulan bagi perbelanjaan serendah RM300 sahaja. Pernah juga bagi 0.8% untuk 6-bulan bagi perbelanjaan minima RM500 dan sebagainya.
Ketika artikel ini ditulis, Public Bank sedang menawarkan kadar Flexipay 0% untuk 6-bulan bagi perbelanjaan minima RM1,000. Promosi ini biasanya akan berlangsung setiap enam bulan. Boleh rujuk pautan promosi disini.
Sekiranya anda tiada lagi kad kredit Public Bank, anda boleh mohon sekarang DISINI dan dapatkan pelbagai manfaat yang mungkin tiada pada kad kredit keluaran bank lain.









