Cara Daftar BSN Online Banking Menggunakan myBSN & First Time Login

By aiman

Published on:

mybsn online

Anda boleh ikuti langkah mudah disini cara daftar BSN Internet banking buat kali pertama dengan menggunakan myBSN online dan boleh buat first time login akaun.

Untuk sistem online banking, Bank Simpanan National (BSN) menggunakan myBSN. Jadi apa-apa transaksi yang dibuat secara online dengan lebih mudah.

Selepas ini, jika anda sudah mendaftar, boleh la anda buat bsn online login kali pertama. Seterusnya boleh mula buat transaksi secara atas talian sahaja. Lebih mudah dan pantas.

Keperluan Sebelum Daftar BSN Internet Banking

Berikut merupakan syarat-syarat dan keperluan utama yang perlu dibuat sebelum anda mendaftar untuk BSN Internet Banking :

  1. Daftar akaun BSN dimana-mana cawangan seluruh negeri
  2. Kemaskini nombor telefon
  3. Jika sudah mendaftar, sediakan MyKAD, Kad Debit BSN anda untuk memudahkan urusan pendaftaran myBSN Online

Cara Daftar BSN Online Banking Menggunakan myBSN

Jika anda sudah ada akaun BSN, sudah kemaskini nombor telefon dan seterusnya sudah ada kad debit atau kad ATM, boleh ikuti panduan dibawah untuk cara daftar BSN Online.

Langkah ini hanya boleh dilakukan dengan menggunakan laman web di komputer sahaja dan tidak disarankan menggunakan smartphone atau telefon bimbit.

Advertisements

Langkah 1

Layari laman web rasmi myBSN di https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do dan kemudian klik ‘Register’

Langkah 2

Baca ‘Terms & Conditions’ dan kemudian tandakan ‘Accept’ dan klik ‘Next’

cara daftar bsn online banking

Langkah 3

Anda perlu lengkapkan kesemua butiran yang diperlukan dalam Step 1 dan Step 2.

  • Step 1 : nombor kad debit, CVV2 pada bahagian belakang kad dan tarikh luput kad
  • Step 2 : Masukan butiran kad pengenalan, MyKAD atau yang setaraf

Akhir sekali, jika sudah lengkap, klik ‘Next’

cara daftar bsn

Langkah 3

Bagi yang pertama kali daftar, tetapkan username, password. Kemudian klik ‘request OTP’ untuk dapatkan OTP number di telefon anda. Masukkan pada ruang yang disediakan.

Akhir sekali pilih online image yang disediakan. Anda perlu ingat segala butiran ini yang mana akan ditanya setiap kali login BSN secara online. Sekarang klik ‘Submit’

cara daftar bsn internet banking

Langkah 4

Advertisements

Langkah terakhir sebelum anda layak menggunakan myBSN anda adalah dengan buat pengaktifan atau ‘Activation’ dengan 2 cara yang telah ditetapkan.

  1. Hubungi BSN di talian 1-300-88-1900 atau
  2. Pergi ke mana-mana cawangan BSN

Anda beritahu staf yang bertugas untuk aktifkan akaun myBSN anda. Jika sudah, barulah anda boleh gunakan internet banking anda tersebut.

Selagi belum buat ‘activation’, anda tidak boleh buat sebaran transaksi, hanya boleh tengok maklumat akaun seperti baki sahaja.

mybsn online

Cara Login myBSN Kali Pertama Secara Online

Dah selesai buat pengaktifan dan selesai bsn register, barulah anda boleh teruskan untuk bsn login untuk kali pertama.

Disini barulah anda boleh buat sama ada menggunakan laman web di komputer atau smartphone atau kini telah tersedia BSN Login Online Banking di aplikasi mobile. Langkahnya sama sahaja

  1. Pergi ke laman web myBSN di https://www.mybsn.com.my/
  2. Kemudian masukkan Username dan klik Login
  3. Pilih Online Image yang anda telah tetapkan sebelum ini
  4. Akhir sekali masukkan password akaun
  5. Kini anda sudah berjaya untuk login myBSN online

Perkara Penting: Selepas Login, anda perlu masukan butiran peribadi anda seperti nama, emel, alamat rumah, pekerjaan, bujang atau berkahwin dan sebagainya. Dah siap, klik ‘Next’

Semoga perkongsian cara daftar BSN Online Banking menggunakan myBSN ini bermanfaat terutamanya bagi yang pertama kali daftar dan sudah mempunyai buku atau akaun BSN.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment