Biasanya kita akan guna ChatGPT sama ada di laman web atau aplikasi mobile. Tahukah anda, kini model AI tersebut boleh digunakan di aplikasi Whatsapp pula.
ChatGPT kini sekarang sudah meluas digunakan oleh semua lapisan masyarakat terutamanya pengguna di Malaysia. Golongan pekerja pun ada gunakan bagi memudahkan urusan. Pelajar universiti hatta sehingga murid sekolah sekali pun.
Apa Itu ChatGPT?
ChatGPT adalah model kecerdasan buatan (AI) yang dicipta oleh OpenAI untuk berinteraksi dengan manusia melalui teks.
Ia menggunakan teknologi pemprosesan bahasa semula jadi (NLP) untuk memahami dan menghasilkan jawapan yang relevan berdasarkan soalan atau pernyataan pengguna.
Dengan itu, ianya mampu untuk membantu menjawab soalan, berikan penulisan kandungan, penulisan kod (coding), tujuan pembelajaran dan pendidikan sehingga untuk sembang santai sekali pun.
Cara Guna ChatGPT Di Whatsapp
Jadi sebelum ini, pengguna biasa guna ChatGPT menerusi laman web di https://chatgpt.com/ atau download aplikasi mobile sama ada di playstore atau app store.
Tetapi kini, dengan kemaskini terbaru, anda boleh terus menggunakan ChatGPT di Whatsapp dengan akaun PERCUMA sahaja. Walaupun begitu, ianya masih fasa awal atau fasa percubaan lagi.
Bagi yang ingin mencuba untuk guna ChatGPT di Whatsapp, anda boleh ikuti langkah mudah dibawah:
1) Save nombor 1-800-4248-478 di Whatsapp atau klik sahaja link INI
2) Buka Whatsapp seperti biasa. Kemudian boleh terus borak atau chat dengan ChatGPT seperti biasa
Setakat ini, ianya menggunakan GPT-4o-mini (free) text. Jadi masih boleh belum menggunakan voice atau visual input seperti di aplikasi mereka sendiri. Bahasa Melayu juga boleh digunakan sama seperti di aplikasi.
Korang rasa menarik tak ciri terbaru ni? Jangan lupa kongsikan pengalaman anda di ruangan komen dibawah
Sumber : help chatgpt