Nak Travel? Ini Cara Guna Kad Wise di Luar Negara Dengan Betul

By aiman

Published On:

Follow Us
akaun wise

Jika anda rakyat Malaysia dan bercadang melancong ke mana-mana destinasi luar negara, mengetahui cara guna kad Wise di luar negara boleh membantu anda menguruskan perbelanjaan dengan lebih cekap.

Mungkin anda ke Singapura atau perjalanan jarak jauh ke Jepun, Korea, Australia mahupun ke Eropah, membawa kad Wise bersama dapat membantu anda memanfaatkan nilai ringgit dengan lebih baik ketika berada di luar negara.

Apakah Kelebihan Kad Wise Ketika Di Luar Negara?

Kad Wise menawarkan beberapa ciri yang memudahkan urusan kewangan semasa travel.

1) Boleh Tukar Currency Lebih Awal

Anda boleh tambah nilai dalam Ringgit Malaysia dan menukar kepada mata wang asing lebih awal mengikut keperluan. Jika tidak sempat berbuat demikian, sistem penukaran automatik Wise akan menukar mata wang secara terus ketika transaksi dilakukan.

2) Menyokong Lebih 40 Jenis Mata Wang

Kad ini menyokong lebih daripada 40 mata wang dan boleh digunakan di lebih 150 negara. Ini memberikan fleksibiliti yang luas kepada pengguna yang kerap ke luar negara.

3) Diberikan Kad Fizikal

Wise turut menyediakan kad fizikal dan kad digital untuk kemudahan serta perlindungan tambahan.

BACA JUGA : Senarai Kad Bank Menyokong Apple Pay Termasuk Wise

4) Tiada Caj Withdrawal

Dari segi pengeluaran tunai pula, terdapat beberapa kali pengeluaran ATM antarabangsa secara percuma setiap bulan sebelum caj rendah dikenakan.

5) Tiada Caj Transaksi

Antara tarikan utama kad Wise ialah tiada caj transaksi tersembunyi, kadar tukaran menggunakan mid-market exchange rate, tiada yuran bulanan atau tahunan serta tiada keperluan baki minimum.

Adakah Kad Debit Wise Selamat Digunakan Di Luar Negara?

Kad Wise boleh digunakan dengan yakin kerana ia dikawal selia oleh pihak berkuasa berkaitan di Malaysia dan dilengkapi pelbagai ciri keselamatan.

cara guna kad wise

Setiap akaun dilindungi dengan pengesahan dua faktor bagi mengelakkan akses tanpa kebenaran. Notifikasi transaksi akan dihantar secara masa nyata melalui aplikasi, membolehkan anda memantau setiap perbelanjaan dengan segera.

Jika kad hilang atau dicuri, anda boleh bukukan serta-merta melalui aplikasi dan mengaktifkannya semula apabila perlu. Kad digital juga tersedia sebagai pilihan tambahan untuk keselamatan.

Wise turut mengendalikan sistem pemantauan anti-penipuan sepanjang masa. Dengan penggunaan kad ini, anda juga tidak perlu membawa wang tunai yang banyak ketika melancong dan hanya mengeluarkan wang apabila benar-benar diperlukan.

Bagaimana Cara Guna Kad Wise Di Luar Negara?

Cara guna kad Wise di luar negara sangat mudah dan tiada beza berbanding kad debit biasa. Anda boleh membuat pembayaran secara manual dan paywave di terminal yang menyokong rangkaian kad tersebut.

Untuk membuat bayaran, anda hanya perlu menyentuh kad pada terminal pembayaran atau memasukkannya ke dalam mesin dan memasukkan no. PIN seperti biasa.

bayar kad wise

Selain itu, kad ini juga boleh digunakan untuk pengeluaran tunai di ATM di lebih 150 negara.

Salah satu kelebihan utama kad Wise ialah anda tidak perlu menukar wang di kaunter money changer sebelum ke luar negara. Anda hanya perlu tambah nilai dalam RM dan sistem akan menukarkan kepada mata wang tempatan secara automatik ketika transaksi berlaku.

Setiap transaksi menggunakan kadar tukaran pertengahan pasaran atau mid-market rate, dengan caj yang rendah dan telus berdasarkan mata wang yang digunakan.

Pengeluaran ATM Domestik Dan Antarabangsa

Pemegang kad Wise di Malaysia boleh menikmati dua kali pengeluaran ATM percuma setiap bulan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM1,000. Selepas had tersebut, caj sebanyak 1.75% bersama RM5 akan dikenakan bagi setiap pengeluaran seterusnya.

keluarkan duit wise di luar negara

Sekiranya anda mengeluarkan wang di luar negara dan tidak mempunyai baki dalam mata wang tempatan tersebut, sistem tukaran automatik akan menukarkan baki dalam akaun Wise anda ketika pengeluaran dibuat. Penolakan akan dibuat daripada mata wang yang menawarkan caj penukaran paling rendah.

Transaksi pengeluaran juga menggunakan mid-market rate tanpa caj transaksi asing tambahan.

Apakah Mata Wang Yang Tersedia Dan Negara Yang Menerima Kad Debit Wise?

Kad Wise boleh digunakan di lebih 150 negara selagi premis atau ATM menyokong rangkaian kad berkenaan. Anda hanya perlu melihat logo rangkaian yang dipaparkan semasa pembayaran atau pada mesin ATM.

Wise menyokong lebih 40 mata wang untuk tujuan simpanan dan perbelanjaan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa negara tertentu yang tidak menerima kad Wise disebabkan sekatan tempatan atau antarabangsa.

Senarai negara yang terlibat boleh berubah dari semasa ke semasa dan maklumat terkini boleh diperoleh melalui laman web Wise. Andaboleh tengok senarai currency disini.

Caj, Kadar Tukaran Dan Had Kad Debit Wise Untuk Pengguna di Malaysia

Sebelum memohon kad Wise untuk perjalanan seterusnya, adalah penting untuk memahami struktur caj dan had yang dikenakan.

Walaupun tiada yuran penggunaan kad dikenakan di dalam atau luar negara, beberapa caj mungkin terpakai bergantung kepada jenis transaksi dan cara penggunaan akaun.

Berikut merupakan antara caj kad Wise yang anda perlu tahu :

PerkhidmatanKadar Caj
Kad WiseRM13.7
Kad Wise DigitalTiada
Caj Bulanan/TahunanTiada
Belanja Wang Dalam Akaun (RM)Tiada Caj
Tukaran Mata Wang Apabila BerbelanjaDaripada 0.77%
Pengeluaran ATM Oversea2 pengeluaran percuma berjumlah RM 1,000/bulan; selepas itu 1.75% + RM 5 dikenakan
Ganti Kad Wise Yang HilangRM13.7
Ganti Kad Wise Yang Tamat TempohTiada Caj

Panduan Lengkap Cara Mohon Kad Wise

Proses permohonan kad Wise boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian melalui telefon pintar atau komputer riba.

  1. Buka laman web Wise atau klik DISINI untuk mula daftar
  2. Kemudian masukkan alaman emel di ruang yang disediakan dan klik ‘Get Your Gift’
  3. Pada ‘Account Type’, pilih Personal Account
  4. Kemudian pilih Malaysia dan klik Continue
  5. Seterusnya klik Continue
  6. Masukkan nombor telefon anda yang aktif dan klik Send Verification Code
  7. Masukkan 6-digit code dan klik Done
  8. Ikut setiap langkah yang dipaparkan pada skrin untuk mengisi butiran peribadi yang diminta serta menetapkan kata laluan bagi akaun anda
  9. Selesaikan proses verifikasi yang diperlukan bagi mengesahkan akaun anda
  10. Selepas akaun anda berjaya disahkan, buka aplikasi Wise dan pergi ke bahagian Cards. Seterusnya, pilih jenis kad debit Wise yang anda mahu dan lakukan tambah nilai sebanyak RM100 bersama bayaran sekali sahaja untuk kad berjumlah RM13.70.
  11. Kad Wise fizikal akan diposkan ke alamat anda dan kebiasaannya tiba dalam tempoh sekitar 5 hari bekerja, manakala kad Wise digital boleh terus digunakan sebaik sahaja permohonan anda diluluskan.
cara daftar wise

Kini anda sudah mempunyai akaun Wise iaitu menerusi aplikasi dan kad fizikal yang mana anda boleh menggunakan untuk perbelanjaan di luar negara. Mudah sahaja cara guna kad Wise ini terutamanya bagi mereka yang kerap travel.

Secara keseluruhannya, penggunaan kad Wise Malaysia ketika berada di luar negara menjadikan urusan perbelanjaan dalam mata wang asing lebih mudah dan teratur.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now