Nak tahu cara isi minyak guna setel Petronas? Sekarang zaman dah canggih dimana kalau nak isi minyak pun boleh buat secara online sahaja tak perlu pergi kaunter jauh-jauh. Lepas ni urusan anda lebih cepat dan mudah.
Kalau sebelum ini, jika anda ingin pam minyak terutamanya di Petronas, anda perlu keluar kereta dan pergi ke kaunter untuk buat bayaran. Kemudian kembali ke kereta dan mula isi minyak. Kemudian boleh bayar guna kad di pam petrol pula.
Kini urusan anda lebih mudah apabila, anda boleh isi minyak terus dari dalam kenderaan sahaja iaitu dengan menggunakan aplikasi Setel Petronas. Anda boleh tengok sini cara bayar dan isi minyak guna Setel sahaja.
Cara Daftar Aplikasi Setel Petronas
Sebelum anda ingin menggunakan aplikasi Setel ini, terlebih dahulu anda perlu daftar. Download aplikasi di Google Play Store atau App Sotre. Kemudian klik PAUTAN INI dan ikut arahan hingga selesai.
Jangan lupa untuk masukkan kod yqtb6 untuk dapatkan RM5.00 secara percuma khusus untuk pengguna baru.
Cara Isi Minyak Guna Setel Petronas
a. Tetapkan Cara Pembayaran Terlebih Dahulu
Sebelum anda mula isi minyak, anda perlu tetapkan cara pembayaran terlebih dahulu. Anda boleh bayar sama ada menggunakan ewallet yang tersedia dan perlu topup nilai atau disambungkan pada kad debit atau kad kredit.
Langkah 1 : Buka aplikasi Setel dan pergi terus pada bahagian Profile
Langkah 2 : Kemudian klik Payment Methods
Langkah 3 : Ada 2 cara; menggunakan eWallet dan Kad Debit atau Kad Kredit. Jika menggunakan Setel Wallet, anda hanya perlu topup sahaja berapa nilai yang anda ingin. Atau boleh juga sambungkan kad anda dengan Setel

Langkah 4 : Jika sudah selesai, boleh terus ke stense minyak berhampiran (stesen minyak near me) untuk urusan pam minyak
b. Untuk Mula Pam Minyak
Untuk menggunakan aplikasi Setel ini, anda terlebih dahulu perlu sampai ke mana-mana petrol pump Petronas di seluruh Malaysia. Kemudian barulah aplikasi Setel akan aktif untuk urusan pam minyak. Ikuti langkah mudah cara isi minyak guna Setel Petronas dibawah:
Anda boleh buat urusan pembayaran daripada dalam kereta menggunakan aplikasi Setel tersebut. Tak perlu keluar lagi sehingga pembayaran selesai
Langkah 1 : Pergi ke mana-mana petrol pump Petronas
Langkah 2 : Buka aplikasi Setel dan secara automatik aplikasi di smartphone anda akan mengesan lokasi Petronas tersebut. Klik pada ‘Purchase Fuel’

Langkah 3 : Pada setiap pam akan dipaparkan nombor. Anda lihat di pam mana anda berhenti dan tekan nombor pada aplikasi Setel anda. Kemudian ada 2 pilihan sama ada bayar dengan nilai atau bayar mengikut jumlah liter yang anda inginkan.

Sebagai contoh, bayar mengikut nilai, tetapkan berapa ringgit anda ingin pam minyak dan akhir sekali klik “Pay – RMXXX”

Langkah 4 : Masukkan nombor pin yang telah ditetapkan sebagai langkah keselamatan
Langkah 5 : Tunggu sehingga arahan “Start Refuelling Now” keluar. Kemudian, anda boleh keluar kereta dan mula isi minyak ke dalam kereta anda.

Langkah 6 : Jika sudah selesai, letak semula nozzle pump dan selesai urusan isi minyak.
Anda akan diberi mesra point setiap kali anda isi minyak di Petronas menggunakan Setel. Selain itu, anda juga boleh download resit dalam bentuk PDF pada akhir langkah. Untuk simpanan anda juga.

Semoga perkongsian cara isi minyak guna Setel Petronas ini bermanfaat untuk anda yang mungkin pertama kali menggunakan aplikasi Setel.