Ketika ingin buat tempahan atau booking tiket flight terutamanya dengan Air Asia, pasti ramai lagi yang tidak tahu macam mana nak tulis nama dengan betul. Kalau salah tulis, mungkin boleh jadi masalah ketika proses check-in nanti.
Masalah ini sebenarnya bukanlah selalu terjadi ketika menggunakan perkhidmatan Air Asia semata-mata, tetapi untuk syarikat penerbangan yang lain juga seperti Malaysia Airlines, Batik Air, Vietnam Airlines, Qatar Airways, Etihad dan pelbagai lagi.
BACA JUGA : Cara Beli Tiket Flight Air Asia Murah
Setiap airlines ini mempunyai cara tersendiri untuk tulis nama termasuk juga Air Asia. Tapi orang Malaysia pastinya setia dengan syarikat penerbangan tambang murah no. 1 di dunia ini, jadi nak kongsikan disini sedikit panduan cara nak tulis atau cara nak isi nama dengan betul.

Cara Isi Nama Dengan Betul Untuk Booking Flight Air Asia
Jadi untuk elakkan kesilapan kecil yang mungkin akan menyusahkan anda nanti, lebih baik anda tahu cara yang betul lebih awal. Ikuti panduan berikut iaitu langkah dan cara yang betul untuk tulis nama bagi tempahan tiket flight Air Asia.
Perkara paling penting ketika isi nama ini adalah, nama yang anda masukkan tersebut mesti sama pada pasport, visa, MyKad atau mana-mana dokumen perjalanan anda. Mesti cukup nama bagi setiap huruf.
Contoh Panduan Dari Air Asia

Anda perlu ingat, nama yang telah diisi tidak boleh diubah selepas selesai buat tempahan. Hanya nombor pasport sahaja yang boleh diisi terutamanya ketika proses check-in kelak.
Format Nama Yang Lain
Untuk info, sistem Air Asia tidak menerima simbol atau karakter khas dan sudah pastinya mempunyai had panjang untuk nama.
1. Nama dengan alias seperti @, A/P atau A/L
Jika nama anda mengandungi simbol ‘@’ atau nama kedua dalam Kad Pengenalan, sila gantikan simbol ‘@’ dengan ruang kosong di antara dua nama.
Jika nama anda mengandungi ‘A/P’ atau ‘A/L’, sila gantikan dengan ruang kosong kecuali ia terdapat dalam bahagian ‘Nama’ pada pasport anda.

2. Nama Yang Mengandungi Tanda Sempang ‘-‘
Jika nama anda mengandungi tanda sempang ‘-’, sila gantikan dengan ruang kosong.

3. Nama Tunggal (1 Nama)
Jika nama anda hanya terdiri daripada satu nama sahaja seperti tertulis di pasport, contohnya: Suryadi, sila isikan ruangan “Nama Keluarga / Nama Akhir” dengan nama yang sama seperti yang diisi dalam ruangan “Nama Pertama”.

4. Nama Panjang
Jika nama anda panjang dan anda menghadapi kesukaran untuk mengisi nama penuh semasa membuat tempahan, adalah lebih baik anda mengisi sebanyak mungkin nama dalam ruangan Nama Pertama dan Nama Keluarga/Nama Akhir.
Untuk info, jumlah kata keseluruhan bagi ‘Nama Pertama’ dan ‘Nama Keluarga’ adalah tidak melebihi 64 aksara. Kalau lebih dah nama panjang sangat? Ikuti contoh dibawah :

Harap perkongsian cara isi nama yang betul untuk tempahan tiket flight Air Asia ini bermanfaat untuk anda terutamanya yang baru sahaja ingin menggunakan airlines ini. Lepas ni tenang je kalau nak travel.
BACA JUGA : Peraturan Baru Powerbank Bagi Menggunakan Air Asia
Dengan adanya panduan ini, urusan anda bersama Air Asia terutamanya atau bersama airlines lain juga akan dipermudahkan. Jangan disebabkan kesalahan kecil, anda tidak dibenarkan untuk terbang.
Untuk info lanjut, anda boleh baca di support Air Asia disini.









