Peraturan Baru Powerbank oleh Air Asia Bermula 1 April 2025 – Apa Yang Anda Perlu Tahu?

By aiman

Published On:

Follow Us
peraturan baru powerbank oleh air asia

Bagi anda yang selalu travel dengan AirAsia, ada berita penting yang perlu anda tahu! Mulai 1 April 2025, AirAsia akan melaksanakan peraturan baru mengenai penggunaan dan penyimpanan powerbank dalam penerbangan mereka.

Peraturan ini diperkenalkan untuk meningkatkan keselamatan penerbangan dan mengurangkan risiko berkaitan dengan bateri lithium-ion. Jadi, sebelum anda packing untuk trip seterusnya, pastikan anda memahami garis panduan terbaru ini.

Peraturan Baru Powerbank oleh Air Asia

Berikut merupakan 5 larangan dan peraturan baru penggunaan powerbank oleh Air Asia. Siapa nak travel lepas ni guna Air Asia kena tahu peraturan baru ini :

1. Powerbank Hanya Dibenarkan Dalam Kabin

Mulai 1 April 2025, semua powerbank mesti dibawa dalam beg kabin sahaja. Anda tidak boleh menyimpan powerbank dalam bagasi daftar masuk (checked baggage) kerana risiko keselamatan yang lebih tinggi sekiranya berlaku kebakaran atau letupan bateri di ruang kargo.

Apa yang perlu anda lakukan?

  • Pastikan powerbank anda berada dalam beg tangan atau beg galas yang dibawa ke dalam kabin.
  • Jangan letakkan powerbank dalam bagasi yang dihantar ke kargo.

2. Had Kapasiti Powerbank Yang Dibenarkan

AirAsia menetapkan had kapasiti powerbank yang boleh dibawa dalam penerbangan:

  • Sehingga 100Wh atau 20,000mAh – Dibenarkan tanpa sebarang permohonan khusus
  • 100Wh hingga 160Wh – Perlu mendapatkan kelulusan khas dari pihak AirAsia sebelum penerbangan.
  • Lebih daripada 160WhDilarang sama sekali.

Cara semak kapasiti powerbank: Jika hanya ada mAh pada powerbank, guna formula ini untuk kira kapasiti dalam Wh:

(mAh ÷ 1000) × voltan (V) = Wh

Contoh: Jika powerbank anda 20,000mAh dan voltan 5V:

(20,000 ÷ 1000) × 5 = 100Wh ✅ Dibenarkan

3. Tidak Boleh Digunakan atau Dicas Dalam Pesawat

Satu lagi perubahan penting – anda tidak dibenarkan menggunakan atau mengecas peranti dengan powerbank sepanjang penerbangan. Ini bermaksud:

  • Tidak boleh mengecas telefon, tablet, atau laptop menggunakan powerbank dalam pesawat.
  • Powerbank mesti berada dalam keadaan off atau tidak aktif sepanjang penerbangan.

4. Tidak Boleh Disimpan di Penyimpanan Atas (Overhead Bin)

Powerbank tidak boleh diletakkan di dalam compartment atas kepala (overhead bin). Anda perlu menyimpannya di dalam poket tempat duduk di hadapan atau di bawah tempah duduk anda.

Kenapa AirAsia Menguatkuasakan Peraturan Ini?

Peraturan baru ini diperkenalkan kerana bateri lithium-ion dalam powerbank boleh menjadi risiko keselamatan. Jika berlaku overheating, ia boleh menyebabkan kebakaran di dalam pesawat. Banyak syarikat penerbangan lain juga telah melaksanakan peraturan ketat terhadap penggunaan powerbank.

Antara sebab utama peraturan ini diperkenalkan:

  • Mengurangkan risiko kebakaran akibat bateri yang rosak atau overheat.
  • Memastikan perjalanan yang lebih selamat untuk semua penumpang.
  • Mematuhi garis panduan keselamatan penerbangan antarabangsa.

Tips Untuk Mengelakkan Masalah di Lapangan Terbang

Jika anda akan terbang dengan AirAsia selepas 1 April 2025, pastikan anda terlebih dahulu menyemak kapasiti powerbank sebelum berlepas – pastikan ia tidak melebihi had yang dibenarkan.

Selain itu, bawa powerbank dalam beg kabin sahaja – jangan masukkan dalam bagasi daftar. Tidak menggunakan powerbank dalam pesawat – cas siap-siap peranti sebelum naik pesawat. Menyimpan powerbank di tempat yang betul – dalam poket tempat duduk atau bawah tempat duduk, bukan overhead bin.

Bagi memastikan pematuhan yang lebih efektif, AirAsia akan mempamerkan peringatan keselamatan di kaunter daftar masuk serta membuat pengumuman semasa menaiki pesawat dan di dalam penerbangan.

Peraturan baru powerbank oleh Air Asia ini mungkin kedengaran sedikit menyusahkan, tetapi ia sebenarnya bertujuan untuk keselamatan semua penumpang.

Dengan memahami dan mematuhi garis panduan ini, anda boleh mengelakkan masalah di lapangan terbang serta memastikan perjalanan anda lebih lancar. Jangan lupa semak keberadaan powerbank anda sebelum berlepas.

Sumber : Support Air Asia

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment