Selain daripada ke kaunter, jika anda ingin keluarkan duit ASB, anda juga boleh lakukan secara online sahaja iaitu menerusi myASNB sama ada menggunakan laman web atau aplikasi yang telah disediakan.
Dengan adanya pilihan tersebut, anda kini tidak perlu lagi kemana-mana cawangan ASNB atau pergi ke bank atau ke pejabat pos sekiranya ingin membuat pengeluaran duit ASB anda. Boleh lakukan secara online sahaja.
Syarat Keluarkan Duit ASB Dan Tetapan Transaksi
Bagi melayakkan anda buat pengeluaran duit ASB secara online, anda terlebih dahulu perlulah mendaftar dan mempunyai akaun myASNB. Klik pautan ini untuk cara-cara mendaftar portal myASNB.
Anda boleh keluarkan duit ASB secara online hanya terhad :
- 2,000 unit sebulan
- 100 unit minima setiap transaksi
- Tiga transaksi sahaja setiap bulan
Jenis Saluran Pengeluaran Duit ASB
Anda boleh keluarkan duit ASB anda secara online sama ada menggunakan portal myASNB di www.myasnb.com.my atau menggunakan aplikasi myASNB yang boleh di download di app store atau play store..
Cara Keluarkan Duit ASB Menggunakan Aplikasi myASNB Secara Online
Sama ada menggunakan portal atau aplikasi, anda boleh keluarkan duit ASB anda. Tapi untuk langkah-langkah ini, anda boleh ikuti iaitu dengan menggunakan aplikasi myASNB.
1) Login aplikasi myASNB anda seperti biasa. Pada halaman utama, klik pada butang ‘lagi’ dan pilih Pengeluaran dan pilih Unit Amanah > Amanah Saham Bumiputera (ASB)

2) Masukkan jumlah yang anda ingin buat pengeluaran dengan maksimum RM2000. Pilih akaun bank yang anda ingin masukkan duit ASB tersebut. Klik Seterusnya

3) Pilih sebab pengeluaran dan klik Pasti
4) Semak segala butiran yang anda masukkan sebelum ini. Jika betul, klik Pasti
5) Akhir sekali bagi pengesahan, jika sudah lengkap, klik Pasti dan selesaikan sehingga transaksi diluluskan

p/s : Sekiranya anda belum tetapkan akaun bank. Pada halaman utama > klik butang gear (setting) > pilih Maklumat Akaun Bank. Akhir sekali masukkan maklumat akaun bank anda.

Berapa Lama Tempoh Dan Bila Duit Akan Masuk Ke Akaun Bank?
Seperti yang diumumkan oleh pihak ASNB sendiri, proses pengeluaran akan mengambil masa 3-7 hari waktu bekerja untuk selesai. Tetapi daripada pengalaman, rata-rata proses hanya mengambil masa 1 hari sahaja.
Mohon keluarkan duit ASB hari ini, pada esoknya akan terus masuk ke dalam akaun bank.

Untuk info lanjut berkaitan pengeluaran secara dalam talian di myASNB, anda boleh rujuk portal rasmi ASNB di https://www.asnb.com.my/onlineredemption.php