Sekarang sudah diperkenalkan Akaun 3 oleh KWSP. Untuk permulaan, ahli boleh boleh pindah amaun permulaan ke Akaun Fleksibel ini bagi membuat pengeluaran selepas ini pada bila-bila masa sahaja.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara rasminya telah mengstruktur semula akaun dimana diperkenalkan akaun ketiga yang dipanggil Akaun Fleksibel untuk ahli yang berumur 55 tahun dan ke bawah.
Akaun 3 ini sekali gus membenarkan pengeluaran duit KWSP pada bila-bila masa, tanpa syarat. Jadi untuk permulaan, KWSP telah membenarkan pindah amaun permulaan daripada Akaun 2 (yang dikenali Akaun Sejahtera) ke Akaun Fleksibel.
Ini kerana, pada permulaan, Akaun 3 atau Akaun Fleksibel mempunyai nilai RM0. Jadi sekiranya anda berminat untuk keluarkan sebahagian duit KWSP anda, boleh berbuat demikian dengan pindah amaun permulaan ke Akaun Fleksibel.
Perkenalan Struktur Terbaru Akaun KWSP
Pada awalnya, jika anda sebagai ahli mempunyai akaun KWSP, segala caruman yang dibuat akan dibahagikan kepada 70% untuk Akaun 1 dan 30% untuk Akaun 2. Pengeluaran pula bersyarat hanya untuk AKaun 2 sahaja.

Kini selepas Mei 2024, ahli yang mempunyai akaun KWSP akan menggunakan struktur terbaru dimana terdapat 3 akaun pula. Akaun 1 kini dikenali dengan Akaun Persaraan yang membawa 75% carumah, Akaun 2 (Akaun Sejahtera) dengan 15% dan Akaun 3 (Akaun Fleksibel) yang mewakili 10%.
Selain daripada kadar pengagihan yang berubah, dengan diperkenalkan Akaun Fleksibel (Akaun 3), anda boleh buat pengeluaran minima RM50 pada bila-bila masa sahaja tanpa syarat.
Cara Pindah Amaun Permulaan Ke Akaun Fleksibel: Tutorial Ringkas

Untuk permulaan, ahli diberi pilihan untuk pindah amaun permulaan ini sehingga 31 Ogos 2024. Ahli boleh berbuat dengan demikian dengan 2 cara iaitu:
- Secara online menggunakan aplikasi i-Akaun
- Secara manual di kiosk di KWSP
Disebabkan ianya pilihan (optional). Anda boleh pindah ke akaun fleksibel atau boleh biarkan sahaja akaun fleksibel anda dengan jumlah permulaan RM0 sahaja.
Dalam langkah ini, hanya fokuskan kepada pemindahan amaun permulaan menggunakan aplikasi i-Akaun sahaja. Caranya mudah sahaja. Ikuti langkah dibawah:
- Login ke i-Akaun seperti biasa dan kemudian klik “Ketahui Lanjut” pada banner Akaun Fleksibel bahagian permulaan
- Klik pada “Pindah Sekarang” selepas penerangan dibuat tentang penstrukturan semula akaun KWSP beserta pindahan amaun permulaan
- Klik “Teruskan” selepas membaca beberapa peringatan penting yang diumumkan
- Akan dipaparkan berapa jumlah pindah amaun permulaan yang anda dapat pada Akaun Fleksibel anda. Jika berpuas hati, klik “Teruskan”
- Klik “Terima” selepas anda telah baca perakuan ahli
- Akhir sekali, jika anda pasti sudah ingin membuat pemindahan awal, klik “Ya” dan permohonan anda akan dihantar. Selesai!

Pemindahan awal ini terlebih dahulu akan disemak dan diproses. Akan ambil masa 3 hingga 5 hari waktu bekerja. Selepas itu, barulah anda tahu permohonan anda lulus atau gagal.
Berapa Nilai Yang Diperoleh Bagi Pemindahan Awal Ke Akaun Fleksibel
Sebelum anda buat permohonan pindah amaun permulaan ini, terlebih dahulu, anda kena tahu berapa yang anda peroleh. Sebenarnya nilai yang anda dapat tersebut, bergantung kepada jumlah amaun Akaun 2 (Akaun Sejahtera) anda.
Anda tidak boleh tentukan berapa amaun yang anda ingin transfer ke Akaun Fleksibel atau Akaun 3 ini. Ianya berfungsi secara automatik mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh KWSP.
Baki Akaun Sejahtera (Akaun 2) | Kadar Pemindahan Struktur Baru |
---|---|
RM3,000 dan keatas | – 10/30 baki Akaun Sejahtera akan pindah ke Akaun Fleksibel – 5/30 baki Akaun Sejahtera akan pindah ke Akaun Persaraan – 15/30 baki Akaun Sejahtera akan kekal |
Lebih RM1,000 dan kurang RM3,000 | – RM1,000 dari Akaun Sejahtera akan pindah ke Akaun Fleksibel – Baki Akaun Sejahtera akan kekal – Tiada pemindahan dibuat ke Akaun Persaraan |
Bawah dari RM1,000 | Semua baki Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel |



Segala amaun untu pemindahan awal ini, akan dikira secara automatik berpandukan kadar pemindahan struktur yang baru ini. Anda hanya perlu terima atau tidak membuat sebarang pemindahan sahaja.
Jika anda tidak membuat sebarang pindah amaun permulaan (initial amount transfer), maka baki Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera anda tidak berubah dan amaun permulaan untuk Akaun Fleksibel adalah RM0.
Carumah KWSP anda seterusnya akan dikreditkan ke dalam tiga akaun (Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera, Akaun Fleksibel) dengan nisbah terbaru iaitu 75:15:10 masing-masing.
Untuk info lanjut, anda boleh pergi ke laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/
1 thought on “Cara Pindah Amaun Permulaan Akaun Fleksibel KWSP (Akaun 3) Untuk Pengeluaran”