Cara Potong Dan Terminate Astro Dengan Mudah. Kena Ada 2 Syarat Ini.

By aiman

Published On:

Follow Us
Ultra Box

Ramai yang terfikir-fikri dan tertanya-tanya, macam mana cara nak potong atau terminate Astro? Ada yang kata susah untuk berurusan. Betul ke? Sebenarnya ada cara untuk mudahkan urusan.

Kalau sebelum ini, kalau pergi ke mana-mana rumah kediaman mesti ada piring Astro. Banyak kandungan yang disediakan oleh pihak syarikat tersebut untuk tontonan seisi keluarga.

Tapi kini dengan lambakan platform striming, Astro terpaksa bersaing dengan jayanya. Platform ini turut menawarkan kandungan yang lebih menarik dengan harga berpatutan. Jadi takkan semua nak langgan platform yang banyak kan?

Disebabkan itulah ramai yang kini mula untuk potong atau terminate Astro. Cumanya kadang-kadang proses tersebut menjadi sulit. Ada yang tak tahu cara nak mohon potong Astro. Ada yang bagi tahu tak boleh cancel atau terminate sebelum habis kontrak dan sebagainya.

Jadi disini dikongsikan untuk cara untuk potong atau terminate Astro. Untuk memudahkan urusan, anda pastikan 2 syarat ini sudah anda penuhi. Confirm lepas tu, orang Astro akan luluskan pemotongan tersebut.

Cara Potong Dan Terminate Astro

Terdapat 3 cara untuk mohon untuk potong, cancel atau terminate Astro iaitu :

  1. Call customer service di 03-9543 3838
  2. Chat di Whatsapp
  3. Isi borang Feedback DISINI

Anda boleh menggunakan mana-mana cara untuk proses permohonan ini. Kemudian hanya perlu mohon Astro Termination sahaja. Untuk tutorial lengkap dibawah adalah menggunakan Whatsapp.

  1. Klik SINI dan anda akan dibawa kepada akaun customer service Astro di Whatsapp.
  2. Kemudian pada ‘Tekan untuk pilih’, pilih Bantuan & Panduan
  3. Masukan keyword ‘Terminate Astro’. Kemudian akan ada ejen yang akan melayan anda
  4. Ikut sahaja arahan yang diminta seperti sediakan
    • 10-digit no. Astro
    • Nama pemilik akaun
    • No telefon
    • Alasan dan sebab penutupan
cara terminate astro

Dalam tempoh 72 jam, akan ada pihak Astro akan hubungi anda semula untuk proses seterusnya. Kebiasaanya pada esok hari akan terus anda yang call anda menerusi no. telefon yang anda tetapkan seperti diatas.

Proses Tutup Astro

Kebiasaanya selepas anda buat permohonan penutupan akaun Astro, pada esok hari akan ada pihak Astro yang hubungi anda. Jadi anda perlu angkat dan ikut arahan seterusnya.

Waktu tersebut, mungkin ejen Astro akan tawarkan pilihan yang lebih menarik untuk anda terus kekal dengan Astro. Jika anda tidak berminat dengan tawaran tersebut, bagi tahu sahaja anda tidak berminat.

Kemudian pihak Astro akan maklumkan pemotongan akan dilakukan sebelum bil seterusnya. Sebagai contoh, jika bil anda keluar pada 6hb, pada 5hb bulan seterusnya, barulah akaun Astro anda akan dipotong.

cara terminate astro

Untuk info, jika anda menggunakan Ultra Box, anda perlu pulang dekoder tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan. Jangan risau, pihak Astro akan hubungi anda dan akan da kurier yang akan pick-up dekoder anda tersebut.

Jika gunakan dekoder lama iaitu PVR, tak perlu pulang. Boleh buat perkasam dan simpan dalam muzium terus.

2 Syarat Untuk Memudahkan Proses Terminate Astro

Urusan nak cancel Astro ni sebenarnya mencabar juga, tapi sebenarnya ada cara untuk memudahkan. Anda perlu penuhi 2 syarat ini dan proses tersebut akan menjadi sangat cepat dan mudah.

  1. Pastikan tiada lagi kontrak dengan Astro
  2. Tiada tunggakan bil

Jika kedua-dua ini setel, urusan nak terminat Astro pun akan setel dengan mudah. Tapi sekiranya masih dalam kontrak dan anda mahu juga untuk potong Astro, anda kena bayar ‘Cancellation Fee’.

Anda boleh rujuk jadual dibawah seperti yang dikongsikan oleh pihak Astro sendiri :

caj tebus kontrak astro

Jadi selepas ini mungkin anda tidak mahu lagi bersama Astro dan ingin buat permohonan cancellation atau termination, boleh ikuti cara seperti diatas. Cukup syarat, prosesnya lebih mudah.

Next kalau nak layan Astro tapi taknak bayar bulan-bulan, boleh guna NJOI sahaja. Bayar sekali je dan boleh terus layan tanpa caj bulanan. Selain itu, yang tak tahu Astro pun ada platform penstriman iaitu Sooka. Tiada kontrak dan boleh bayar bulan-bulan sahaja.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now