Nak renew lesen kenderaan motor tapi tak tahu nak mula kat mana? Jangan risau, zaman sekarang semuanya dah mudah, dan kini anda boleh renew lesen kenderaan tanpa perlu keluar rumah pun.
Jika sebelum ini, sekiranya anda ingin renew lesen kereta atau motor, anda perlu pergi ke JPJ atau pejabat pos untuk lakukan urusan. Jadi ambil masa dan perlu kos pengangkutan pula.
Kini tidak lagi, apabila semuanya hanya dengan menggunakan aplikasi MyJPJ. Urusan renew lesen anda menjadi lebih mudah dan pastinya boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.
Disini dikongsikan dan ditunjukkan langkah demi langkah cara untuk renew lesen kenderaan motor menggunakan aplikasi MyJPJ dengan cara yang paling mudah dan cepat.
Kalau kau jenis yang tak suka beratur panjang kat kaunter JPJ atau Pejabat Pos, inilah panduan yang kau perlukan.
Apa Itu Aplikasi MyJPJ?
Sebelum itu, apa itu aplikasi MyJPJ? MyJPJ ialah aplikasi rasmi dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang membolehkan rakyat Malaysia membuat urusan berkaitan kenderaan dan lesen secara online atau dalam talian sahaja. Antara fungsinya termasuklah:
- Renew lesen memandu
- Bayar saman
- Semak status lesen atau roadtax dan macam-macam lagi
Jadi, apa lagi? Kalau belum muat turun, kau boleh install aplikasi ni kat Google Play Store atau Apple App Store. Okey, dah siap install? Jom teruskan ke langkah seterusnya!
Langkah-Langkah Dan Cara Renew Lesen Kenderaan Motor Guna Aplikasi MyJPJ
Sebelum anda ingin menggunakan apa-apa servis dalam aplikasi MyJPJ termasuk renew lesen, anda perlu terlebih dahulu daftar akaun.
a. Daftar Akaun MyJPJ
Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk kau renew lesen kenderaan motor menggunakan aplikasi MyJPJ:
- Buka aplikasi MyJPJ yang kau dah muat turun tadi.
- Pilih โDaftar Akaun Baruโ.
- Masukkan maklumat peribadi yang diminta, seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, dan alamat emel.
- Pastikan semua maklumat betul, kemudian klik โDaftarโ.
Selepas tu, kau akan terima kod pengesahan melalui emel. Masukkan kod tersebut dalam aplikasi, dan akaun kau dah berjaya didaftarkan!
b. Cara Renew Lesen Kenderaan Motor Guna Aplikasi MyJPJ
Ikuti langkah mudah dibawah step-by-step atau langkah demi langkah untuk renew lesen kenderaan motor menggunakan aplikasi MyJPJ
1. Log Masuk ke Akaun MyJPJ
Dah daftar akaun? Okey, langkah seterusnya anda login guna ID dan kata laluan yang telah didaftarkan. Bila dah berjaya log masuk, anda akan nampak pelbagai pilihan menu.
2. Pilih Menu โPembaharuan Lesen Memanduโ
Dalam paparan utama, pada bahagian Pelesenan Pemandu, klik โPembaharuan Lesen Memanduโ. Kemudian akan dipaparkan maklumat peribadi anda. Pada bahagian Jenis Lesen, pilih โLesen Memandu Kompetenโ

3. Pilih Tempoh Pembaharuan Lesen
Akan dipaparkan pula tarikh luput lesen beserta kelas lesen yang anda peroleh. Kemudian pilih tempoh yang anda ingin renew; bermula 1 tahun hingga 10 tahun.

Untuk Info Dan Harga Lesen
Harga renew lesen bermula RM25.00 setahun. Sekiranya anda lewas renew sehari, anda hanya dibenarkan renew minima 2 tahun dan ada amaun pelarasan berharga RM5 sahaja.
Anda boleh pilih ikut bajet dan kesesuaian. Lagi lama tempoh, lagi banyak jimat berbanding renew setiap tahun.
4. Buat Pembayaran
Sekarang, tiba masa untuk buat bayaran. Anda boleh pilih pelbagai kaedah pembayaran yang disediakan, seperti:
- Kad debit/kredit
- Online banking (FPX)
Pilih sahaja cara yang paling mudah. Masukkan maklumat pembayaran, dan pastikan semua detail betul sebelum klik bayar.
5. Semak Butiran Lesen
Bila dah pilih tempoh, sistem akan paparkan butiran lesen kau yang terkini. Semak betul-betul maklumat seperti tarikh tamat tempoh dan jenis lesen motor yang kau miliki. Kalau semua betul, boleh teruskan ke langkah seterusnya.
6. Selesai
Lepas bayaran berjaya, anda akan terima resit elektronik sebagai bukti pembaharuan. MyJPJ juga akan simpan semua rekod transaksi tersebut, jadi kalau perlu rujuk balik, tiada masalah.

Lesen Digital Sedia untuk Digunakan
Tahniah! Anda dah berjaya renew lesen kenderaan motor. Tak perlu tunggu posmen datang hantar kad lesen fizikal. Lesen digital anda dah sedia dalam aplikasi MyJPJ, dan anda boleh tunjukkan bila-bila masa kalau pihak berkuasa minta.
Cara semak lesen digital anda, aplikasi MyJPJ > Profile > Lesen Memand. Akan dipaparkan lesen kenderaan motor anda secara digital
Kini tiada lagi kad fizikal yang diberi ketika proses renew. Sekiranya anda inginkan kad fizikal tersebut, anda boleh dapatkan di pejabat JPJ berhampiran dengan anda.
Kelebihan Renew Lesen Guna MyJPJ
- Tak Perlu Keluar Rumah. Urusan boleh dibuat secara online sahaja
- Cepat dan mudah
- Tiada lagi lesen fizikal, hanya digital sahaja. Jadi tak risau lesen anda tersebut hilang atau tercicir lagi selepas ini
Proses nak renew lesen kenderaan motor sekarang dah jadi lebih senang dengan aplikasi MyJPJ. Tiada alasan lagi untuk tak renew lesen tepat pada masanya. Cepat, mudah, dan efisien.
Sekiranya anda mempunyai apa-apa persoalan dan permasalahan, anda boleh rujuk laman web atau portal rasmi JPJ di https://www.jpj.gov.my/