Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara return barang Shopee dan dapatkan refund sekiranya barang yang diterima ada masalah dan tidak memenuhi jangkaan kita. Terutamanya mereka yang pertama kali untuk pulang kan barang.
Berbelanja secara online atau dalam talian kini tidak boleh disangkal lagi menjadi medium utama pilihan pengguna. Shopee merupakan salah satu platform e-dagang yang popular di Malaysia. Rasanya dalam handphone sekarang semua ada apps Shopee kan.
BACA JUGA : Cara Daftar Shopee Affiliates Dan Jana Income Sehingga 4 Angka Sebulan
Tapi pembelian secara online ini ada buruknya dimana anda tidak nampak barang tersebut didepan mata. Tidak pernah melihatnya, tidak pernah merasanya, tiba-tiba terus sampai ke depan pintu rumah anda.
Jadi kemungkinan barang yang dibeli itu datang dengan keadaan yang tidak lengkap. Mungkin berlainan daripada gambar yang dipaparkan di aplikasi atau mungkin ada masalah barang tak cukup dan sebagainya.
Sekarang tahun 2024, Shopee memperkenalkan polisi 15 Days Free Return (No Question Asked) dimana memudahkan anda sebagai pengguna untuk return barang Shopee dan dapatkan refund tanpa sebarang soalan ditanya.
Jadi jom kita tengok langkah demi langkah cara return barang Shopee dan kemudian dapatkan full refund tersebut dengan memastikan proses pemulangan berjalan dengan lancar sehingga sampai semula kepada seller.
Syarat-Syarat Untuk 15 Days Free Return
Sekarang ada 2 kategori pemulangan atau return barang Shopee. Satu kategori adalah pemulangan biasa bagi barang yang rosak atau tidak sempurna atau pemulangan barang dalam tempoh 15 hari tanpa sebarang soalan (15 Days Free Return).
Secara amnya, anda boleh return seperti biasa sekiranya anda mendapati barang anda tersebut rosak dan sebagainya. Tapi untuk 15 Days Free Return, anda boleh pulang meskipun barang tersebut sempurna.
Sebagai contoh, kalau beli baju, anda cuba dan tak muat, secara biasanya anda tidak boleh pulang. Tapi dengan polisi 15 Days Free Return ini, anda boleh pulang dan dapatkan full refund. Anda rasa tak sesuai dengan warna yang dipilih. Boleh pulang. Anda rasa kualiti tak best dengan harga. Boleh pulang.
Tapi ada syarat-syarat yang ditetapkan:
- Mesti dipulangkan dalam tempoh 15 hari selepas barang sampai
- Tidak klik lagi butang Return/Refund
- Item tersebut masih dalam keadaan sama seperti waktu diterima. Tidak kotor, koyak, tercabut dan sebagainya
- Masih berada dalam bungkusan asal
- Tag masih tidak dibuang
- Nombor siri masih berada dalam keadaan baik
Jika syarat-syarat ini anda penuhi, boleh return barang tersebut dengan percuma
Cara Return Barang Shopee Dan Dapatkan Refund
Cara return barang Shopee ini hanya boleh dilakukan menerusi aplikasi Shopee sahaja. Kemudian anda boleh ikuti langkah seterusnya seperti dibawah:
1. Buka apps Shopee dan pilih barang yang anda ingin return tersebut
2. Kemudian klik pada butang Return/Refund
3. Pilih dan klik โI have received all of my items but there are issuesโ

4. Pada bahagian โReasonโ, pilih Change of Mind
5. Masukkan gambar atau video barang yang anda ingin pulang tersebut. Menujukkan barang tersebut masih berada dalam keadaan baik. Tiada kekotoran dan tag masih kelihatan.
6. Akhir sekali klik โSubmitโ

7. Anda akan dibawa ke halaman โReturn/Refund Detailsโ > โklik โSelect Return Methodโ
8. Pilih Drop Off. Pada bahagian ini, akan disenaraikan courier yang berdekatan dengan anda untuk anda pulangkan barang tersebut. Pilih mana-mana courier yang menunjukkan Free Return. Klik Confirm
9. Selepas selesai pilih courier, anda akan diberikan satu barcode yang mana anda perlu bawa ke courier ketika proses return barang.

10. Bungkus kembali terlebih dahulu barang tersebut. Datang ke lokasi courier yang anda pilih dan tunjukkan barcode yang diberi. (Bayar 20sen untuk caj airway bill daripada JnT)

Selesai penghantaran, selesai tugas anda. {Percuma sahaja. Kemudian dalam beberapa jam, anda akan menerima full refund daripada Shopee terus masuk ke dalam akaun ShopeePay anda.
Diharapkan perkongsian proses cara return barang Shopee ini bermanfaat untuk anda yang ingin memulangkan barang kembali. Sekarang memang menang ke buyer je la kan. Tapi jangan tipu pula keh.