Cara Semak Baki Akaun Maybank Secara Online (Aplikasi MAE)

By aiman

Published On:

Follow Us
cara semak baki akaun maybank secara online

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui cara mudah untuk semak baki akaun Maybank anda. Di era digital ini, segalanya boleh diakses dengan pantas hanya di hujung jari. Anda boleh lakukan secara online dan dimana-mana sahaja.

Dengan kemudahan perbankan Internet, segala urusan perbankan boleh dilakukan terus dari telefon pintar. Asalkan ada sambungan Internet, anda boleh mendapatkan maklumat akaun anda dengan mudah.

Kalau dulu, satu-satunya cara untuk menyemak baki adalah dengan pergi ke mesin ATM atau hubungi pihak bank. Kini, anda boleh melakukannya secara online tanpa perlu keluar dari rumah pun.

Iklan Disini

Tapi ini terhad untuk semak baki akaun Maybank sahaja. Jika anda ingin membuat deposit tunai atau pengeluaran wang, anda masih perlu ke mesin ATM kerana perkhidmatan ini tidak tersedia secara dalam talian. Tapi kalau ingin buat pemindahan wang boleh dilakukan terus melalui platform online (online transfer).

Cara Semak Baki Akaun Maybank Secara Online

Anda boleh semak baki akaun Maybank secara online melalui dua cara iaitu menerusi portal Maybank2u atau menggunakan aplikasi MAE. Jadi anda perlu daftar perbankan online terlebih dahulu.

1) Melalui Portal Laman Web Maybank2u

Berikut merupakan langkah-langkah untuk semak baki akaun Maybank anda dengan menggunakan portal Maybank2u:

  1. Buka portal Maybank2u di https://www.maybank2u.com.my/
  2. Login menggunakan username dan password
  3. Pada halaman utama di tab Accounts akan dipaparkan baki akaun di bahagian Savings Account-i
  4. Klik pada Savings Account-i tersebut dan akan dipaparkan segala transaksi duit keluar masuk. Selesai

2) Menggunakan Aplikasi MAE

Untuk aplikasi MAE, langkah-langkahnya juga hampir sama seperti semak menggunakan Maybank2u, tetapi kali ini hanya menggunakan aplikasi sahaja. Boleh download di Appstore atau Playstore

Iklan Disini
  1. Buka aplikasi MAE
  2. Login menggunakan usernam dan password
  3. Anda akan dibawa ke halaman utama. Klik pada tab Accounts dan pilih Savings Account-i
  4. Disini akan dipaparkan duit baki akaun Maybank anda bersama setiap transaksi keluar masuk. Selesai

Semoga perkongsian ini bermanfaat terutamanya bagi pengguna Maybank yang baru sahaja mendaftar perbankan online dan menggunakan aplikasi MAE dan Maybank2u.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment