Cara Semak Harga Ayam Terkini (2024)

By aiman

Updated on:

harga ayam kawalan

Tak tahu cara nak tahu atau semak harga ayam terkini? Disini kami kongsikan untuk anda yang mana anda boleh ketahui dengan 2 cara iaitu secara online sahaja.

Ayam merupakan antara 13 barang-barang yang diwartakan sebagai barang kawalan berjadual. Ayam tersebut, termasuklah anak ayam, ayam hidup, ayam yang disembeli atau mana-mana bahagiannya.

Ini bermakna harga ayam tersebut dikawalan oleh kerajaan. Penjual atau pembekal ayam tidak boleh sewenan-wenangnya menetapkan atau menaikkan harga tanpa kebenaran.

Advertisements

Ayam pastinya menjadi antara makanan harian kita. Jadi sekiranya ayam yang disembelih naik harga, pastinya ayam dijual di pasar dan lauk ayam juga akan mengalami kenaikkan harga.

Tapi kita sebenarnya boleh cakna tentang harga barang kawalan ini. Kita boleh tahu harga kawalan yang ditetapkan. Jadi disini kami kongsikan cara semak harga ayam terkini.

Cara Semak Harga Ayam Terkini Untuk Tahun 2024

Terdapat 2 cara untuk anda ketahui dan semak harga ayam terkini iaitu menerusi laman web FAMA Malaysia (Kementerian Pertaniah Dan Keterjaminan Makanan) dan juga aplikasi Price Catcher

a. Semak Harga Ayam Terkini Di Laman Web FAMA

Pergi ke laman web FAMA Malaysia atau terus ke pautan Harga Pasaran Terkini di ttps://www.fama.gov.my/harga-pasaran-terkini. Disini akan dikemaskini harga harian sama ada daripada ladang, borong atau runcit.

Harga ayam ditetapkan untuk kategori Ayam Hidup, Ayam Proses Standard dan Ayam Proses Super. Selain itu, terdapa juga barang kawalan lain seperti bawang, cili, telur ayam, timun dan sebagainya.

b. Semak Harga Ayam Terkini Di Aplikasi Price Catcher

Selain itu, anda juga boleh menggunakan aplikasi Price Catcher yang boleh dimuat turun di play store atau app store secara percuma. Disini anda boleh dapatkan harga barangan dan sekali gus buat perbandingan di pasaraya sekitar anda.

Advertisements

Harga ayam, kerajaan telah tetapkan, tetapi setiap tempat pastinya memberi harga yang berbeza-beza tetapi tidak melebihi harga siling tersebut. Jadi dengan menggunaakn Price Catcher, anda boleh dapatkan harga barang dengan lebih murah dengan buat perbandingan tempat.

Antara pasaraya yang terlibat seperti AEON, Econsave, Mydin, Giant, Lotus’s, TF Value-Mart dan lain-lain. Selain ayam, ada juga barangan segar lain, barangan kering, berbungkus, produk bayi dan sebagainya.

Jadi dengan 2 kaedah ini, anda boleh tahu harga semasa dengan cara semak harga ayam terkini untuk tahun 2024. Dengan itu juga, anda boleh rancang perbelanjaan seharian anda terutamanya kalau nak beli ayam.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment