Hari Wanita bukan sekadar tarikh dalam kalendar, tetapi satu penghormatan buat setiap wanita yang telah memberi inspirasi dan perubahan dalam hidup kita. Sama ada ibu, isteri, kakak, rakan, atau bos di tempat kerja, mereka semua layak dihargai.
Setiap tahun Hari Wanita Sedunia atau International Women’s Day disambut pada 8 Mac. Pada ketika ini pastinya ramai yang mencari idea ucapan Hari Wanita untuk dikongsikan dengan orang tersayang, tak kira melalui mesej, kad ucapan, atau di media sosial.
Tak kira untuk pasangan, rakan sekerja, atau mentor yang anda kagumi, pastikan kata-kata yang anda pilih mampu membawa senyuman kepada mereka. Jom raikan Hari Wanita 2025 dengan ucapan yang bermakna kepada mereka.
Contoh Ucapan Hari Wanita Sedunia 2025
Berikut merupakan antara koleksi dan contoh ucapan Hari Wanita Sedunia 2025 (International Women’s Day) yang anda boleh guna dan kongsikan kepada rakan dan keluarga anda
Berikut antara contoh ucapan Selamat Hari Wanita Sedunia yang boleh anda gunakan untuk menghargai insan istimewa dalam hidup:
- Selamat Hari Wanita Sedunia! Terima kasih kerana menjadi inspirasi dan kekuatan dalam hidup kami. Semoga terus berjaya dalam apa jua yang dilakukan!
- Dunia ini lebih indah kerana kehadiran wanita hebat seperti anda. Teruslah bersinar dan menggapai impian. Selamat Hari Wanita 2025!
- Ibu, tiada kata yang cukup untuk menggambarkan betapa hebatnya ibu dalam hidup kami. Selamat Hari Wanita! Semoga ibu sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang.
- Kasih sayang seorang ibu tiada tandingan. Terima kasih kerana menjadi sumber kekuatan dan cinta tanpa syarat. Selamat Hari Wanita, ibu!
- Sayang, awak adalah definisi kekuatan, kasih sayang, dan keindahan. Selamat Hari Wanita! Semoga setiap impian awak menjadi kenyataan.
- Dunia ini lebih bermakna dengan kehadiran wanita seistimewa awak. Selamat Hari Wanita, cintaku!
- Selamat Hari Wanita buat rakan-rakan hebat! Teruslah melangkah ke depan, mencapai impian dan menginspirasi dunia!
- Untuk semua wanita kuat di luar sana—anda hebat, anda berani, anda luar biasa! Selamat Hari Wanita 2025!
- Selamat Hari Wanita Sedunia! Wanita adalah simbol kekuatan, ketabahan, dan kasih sayang. Teruslah bersinar dan menginspirasi dunia!
- Hari ini khas untuk meraikan semua wanita hebat! Terima kasih kerana menjadikan dunia lebih baik dengan kehadiran dan keunikan anda. Selamat Hari Wanita 2025!
- Buat semua wanita luar biasa di luar sana, anda adalah cahaya, kekuatan, dan inspirasi. Jangan pernah berhenti mengejar impian! Selamat Hari Wanita!
- “Happy Women’s Day! 🌸 You are strong, you are powerful, and you are inspiring. Keep shining and making the world a better place!
- To all the amazing women out there, your strength, courage, and kindness make the world a brighter place. Happy International Women’s Day 2025!
- Here’s to strong, independent, and fearless women! May you continue to break barriers and achieve your dreams. Happy Women’s Day!
- Women are the backbone of society. Your dedication, resilience, and love shape the world we live in. Wishing you a wonderful Women’s Day!
- A woman can be anything—leader, warrior, protector, and dreamer. Today, we celebrate YOU! Happy International Women’s Day!
Contoh Pantun Hari Wanita Sedunia
Ke pasar pagi membeli roti,
Singgah sebentar membeli keladi,
Selamat Hari Wanita sejati,
Semoga bahagia hingga abadi.
Bunga mawar di tepi titi,
Harumnya semerbak menyapa hati.
Wanita ibarat pelangi sejati,
Cantik luar, indah di hati.
Laut tenang berombak jua,
Angin sepoi menyapa mesra,
Wanita hebat penuh setia,
Jasamu harum sepanjang era.
Bunga mawar harum berseri,
Mekar mewangi indah dipandang,
Wanita cekal, teguh berdiri,
Semangat juang tdak pernah hilang.
Selamat Hari Wanita diucapkan,
Untuk semua yang tabah berjuang,
Cahaya kasih terus sinarkan,
Dunia indah penuh cemerlang.
Jangan lupa, ucapan yang datang dari hati pasti lebih bermakna! Selamat Hari Wanita Sedunia untuk semua kaum wanita di Malaysia!