Anda tidak mahu terlepas untuk mendengar Kool 101? Jadi disini kami kongsikan senarai frekuensi Radio Kool 101 bagi seluruh Malaysia dan lokasi-lokasi terpilih.
Mungkin sebelum ini, anda pernah dengar Kool FM, kemudian Buletin FM kan? Sebenarnya ini merupakan stesen radio yang sama dan telah diubah nama kepada Kool 101 yang terkini.
Jadi sekiranya anda peminat dan pendengar setia saluran radio ini, pastinya anda tidak mahu ketinggalan untuk terus mengikuti segala kandungan yang disediakan bermula daripada pagi hingga tengah malam.
Senarai Frekuensi Radio Kool 101
Setakat ini, Radio Kool 101 hanya boleh didengar di radio menerusi 4 lokasi terpilih sahaja iaitu di Lembah Klang, Pulau Pinang, Kuching dan Alor Setar. Jadi lokasi atau negeri lain, tiada frekuensi ini untuk anda dengarkan di radio..
Lokasi | Frekuensi |
---|---|
Alor Setar | 107.3 FM |
Pulau Pinang | 90.2 FM |
Lembah Klang | 101.3 FM |
Kuching | 104.3 FM |
Bagi negeri-negeri atau lokasi yang tiada dalam channel radio ini, jangan risau. Ini kerana anda masih boleh mendengar stesen radio Kool 101 ini iaitu secara online dan live streaming.
Jika tiada frekuensi radio Kool 101 ditempat anda, jangan risau. Kerana terdapat beberapa cara lain untuk anda dengarkan secara online:
- Aplikasi Audio+
- Laman web Kool 101 (https://www.kool101.audio/)
- Aplikasi Joox
- Alexa
- Youtube Kool 101
Jadi kalau didalam kereta, tiada frekuensi ini di radio, anda boleh buka smartphone anda dan live stream menggunakan salah satu kaedah seperti diatas.
Sekarang anda dah tahukan frekuensi radio Kool 101 yang ada di tempat anda? Jangan lupa untuk terus dengarkan setiap segmen yang disediakan bersama info yang bermanfaat.
Segmen Radio Kool 101
Berikut merupakan senarai segmen radio Kool 101 setiap hari berserta penyampai radio yang terlibat:
Setiap Hari
- Kooliah 101 – bersama PU Rahmat
Isnin – Jumaat
- Kool 101 Pagi On Point – Haiza & Muaz
- Kool 101 Pagi On Point – Haiza, Muaz + Datuk Aznil
- Kool 101 PM Kool 101 – Hanif & Hazeman Huzir
- Kool 101 Cerita Malam Kita – Jamal Jamaluddin
Sabtu & Ahad
- Pagi On Point Reply
- Kool 101 Weekend
- Power Retro Kool 101