Fesyen rambut lelaki kini sering berubah mengikut trend semasa, dan tahun 2024 membawa pelbagai style rambut lelaki yang menarik dan moden. Pastinya menjadi tumpuan untuk untuk si jejaka.
Penampilan lelaki pastinya tertumpu kepada style rambut yang dikenakan. Ianya bukan hanya bergantung pada pakaian sahaja, tetapi juga potongan rambut yang sesuai.
Jadi untuk anda yang mungkin ingin potong rambut selepas ini dan tak tahu nak gayakan macam mana, anda boleh rujuk gambar-gambar dibawah yang dikongsikan oleh hairstyleonpoint.
Style Rambut Lelaki Terkini
Anda boleh menggayakan rambut anda mengikut style seperti dibawah bersesuaian dengan keterampilan anda sendiri. Mungkin juga perlu kepada sedikit potongan rambut untuk jadikan ianya sempurna
1. Undercut
Bagi lelaki yang gemar gaya ringkas, style rambut lelaki pendek adalah pilihan yang tidak pernah lapuk iaitu menggunakan style Undercut. Potong pendek bahagian sis dan belakang serta dibiarkan panjang dibahagian atas.
2. Style Rambut Lelaki : Man Bun
Jika anda mempunyai rambut panjang paras bahu, anda boleh gayakan seperti Man Bun. Rambut ditarik ke bahagian atas kepala daripada dahi. Kemudian diikat dengan bentuk seperti ‘roti pau’ atau ban
3. Style Rambut Lelaki : Top Knot
Untuk Top Knot ianya merupakan gabungan antara gaya rambut undercut dan man bun. Pendek pada bahagian sisi dan belakang serta dibiarkan panjang bahagian atas dan diikat pada bahagian atas kepala
4. Style Rambut Lelaki : Fade
Ianya sama ala-ala undercut tetapi mempunyai style potongan bergradasi atau ‘fade’ di sisi kepala yang kelihatan moden dan kemas. Style rambut pendek ini sesuai untuk lelaki yang sibuk kerana ia memerlukan penjagaan minima tetapi tetap tampak bergaya.
5. Style Rambut Lelaki : Side Part
Rambut di bahagian atas dibahagi ke satu sisi kepala, menghasilkan rupa yang teratur. Bahagian sisi biasanya lebih pendek daripada bahagian atas untuk menonjolkan belahan.
Gaya ini sangat sesuai untuk acara formal atau penampilan pejabat kerana ia memberikan kesan yang rapi. Gaya ini sangat sesuai untuk acara formal atau penampilan pejabat kerana ia memberikan kesan yang rapi.
6. Pompadour
Pompadour adalah gaya rambut ikonik yang memberikan rambut lebat di bahagian atas kepala, mencipta penampilan yang elegan dan maskulin. Ia popular sejak tahun 1950-an dan kekal relevan hingga kini, sering diadaptasi untuk gaya moden. Manakala sisi dan belakang dipotong lebih pendek, seperti fade atau undercut.
7. Style Rambut Lelaki : Short Back and Sides
Short Back and Sides adalah gaya rambut lelaki yang klasik dan universal, menjadikannya pilihan utama untuk penampilan kemas dan rapi. Gaya ini melibatkan potongan pendek di bahagian belakang dan sisi kepala, manakala bahagian atas rambut dibiarkan sedikit lebih panjang untuk gaya yang dapat disesuaikan
Gaya Rambut Mana Yang Anda Inginkan Wahai Si Lelaki?
Tidak kira pilihan anda, memastikan potongan rambut sesuai dengan bentuk muka dan gaya hidup adalah kunci utama untuk menampakan anda seorang lelaki sejati dan pastinya profesional.
Pastikan anda mendapatkan nasihat dari pendandan rambut profesional untuk memilih style rambut lelaki yang terbaik. Dengan pelbagai fesyen rambut lelaki terkini, setiap lelaki boleh tampil lebih yakin dan bergaya.
Jangan lupa, penjagaan rambut yang betul juga penting untuk mengekalkan potongan rambut yang sempurna. Kini, masa untuk memilih gaya yang sesuai dan mencuba sesuatu yang baru!