Perkampungan Sunnah Perlis 2025 Siri 10 kembali lagi membawa nafas segar kepada pencinta ilmu, suasana ukhuwah dan kehidupan berteraskan nilai-nilai Islam yang murni.
Program ini bukan sekadar perhimpunan fizikal, tetapi medan penyatuan hati dan pemikiran yang menghidupkan semula semangat beragama dalam bentuk paling sederhana namun bermakna.
BACA JUGA : Aturcara Penuh Perkampungan Sunnah 2024 (Siri 9)
Dengan gabungan ilmu, amalan, dan pengalaman hidup dalam komuniti yang berlandaskan sunnah Rasulullah SAW, Perkampungan Sunnah terus menjadi inspirasi kepada pelbagai lapisan masyarakat yang dahagakan bimbingan rohani dan suasana yang mendidik jiwa.
Tahun ini, siri ke-10 membawakan pengisian yang lebih tersusun, penceramah yang berwibawa, dan aktiviti kekeluargaan yang menghubungkan nilai tradisi dengan keperluan semasa.
Dari ceramah ilmiah, bengkel ibadah, aktiviti kanak-kanak hingga suasana jualan yang sederhana, segalanya disusun untuk mencipta pengalaman yang menyeluruh. Ia adalah ruang rehat daripada hiruk-pikuk dunia, sekaligus platform untuk kembali melihat ke dalam diri.
Bagi yang pernah hadir, pasti faham nilainya. Bagi yang belum, inilah masanya untuk merasai sendiri nikmatnya kehidupan berpandukan sunnah dalam suasana yang tenang dan harmoni.
Perkampungan Sunnah 2025
Untuk kali yang ke-10 ini, program Perkampungan Sunnah ini akan berlangsung selama 3 hari iaitu bermula dari 9 hingga 11 Mei 2024 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Masjid Alwi, Kangar di negeri Perlis.
Siaran Langsung Perkampungan Sunnah 2025
Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke Kangar, Perlis, jangan risau! Seperti tahun-tahun sudah, program Perkampungan Sunnah turut akan dibawakan secara langsung di facebook live PROmediaTAJDID.
Jadual Penuh Perkampungan Sunnai 2025
Berikut merupakan jadual penuh dan tentatif sepanjang program Perkampungan Sunnah tahun 2025 ini berlangsung.

Program akan penuh selama 3 hari bermula daripada Kuliah Subuh hingga ke malam dengan ceramah dan forum.
Senarai Masjid Digunakan Bagi Penginapan Tetamu
Bagi para peserta program kali ini yang masih belum mempunyai tempat penginapan, anda boleh iktikaf dan rehat di masjid-masjid seperti dibawah :
- Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail Kangar
- Masjid Tun Abdul Razak Repoh Kangar
- Masjid Al-Abrar, Kubang Gajah, Arau
- Masjid Al-Ghufran Batu 2 Lama, Kangar
- Masjid Al-Ariffin, Padang Katong, Kangar
- Masjid Al-Istiqamah, Bintong
Hubungi pihak masjid terlebih dahulu untuk pendaftara. Segala info anda boleh dapatkan seperti dalam poster dibawah:

Tempat Penginapan Di Perlis
Tetapi sekiranya, anda ingin menginap di mana-mana hotel berdekatan. Kami senaraikan cadangan penginapan dibawah :
Kangar
- Hotel Ventura
- Dview Hotel
- Hotel Seri Malaysia Kangar
- ALL IN Hotel
- PADI PADI Hotel
- Ants Hotel
- Coop Hotel Kangar
Kuala Perlis
Arau
Untuk info lanjut, anda boleh rujuk facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis disini