Untuk yang menantikan, kini ada berita baik untuk anda apabila pihak Jabatan Mufti Negeri Perlis telah mengumumkan jadual penuh bagi Perkampungan Sunnah Siri 9 untuk tahun 2024
Untuk kali yang ke-9 ini, program Perkampungan Sunnah ini akan berlangsung selama 3 hari iaitu bermula dari 3-5 Mei 2024 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Masjid Alwi, Kangar Perlis.
Selain daripada jadual atau tentatif program, orang ramai juga ingin tahu siapakah nama-nama dan barisan panel yang akan bersama sepanjang program kali ini.
Sama seperti siri 8 sebelum ini, kali ini juga akan ada sesi react dimana perkongsian 2 hala antara panel dan mereka yang hadir. Boleh kongsikan segala perkara yang diperoleh sepanjang berada dalam Perkampungan Sunnah kali ini.
Untuk slot react, antara selebriti yang hadir ialah Sabri Yunus, Faizal Tahir, Alif Satar, Waheeda Wassini beserta panel penceramah yang lain juga.
Lagi menarik untuk siri kali ini apabila buat kali pertama Perdana Menteri Malaysia akan menghadiri program ini dan Datuk Sri Anwar Ibrahim juga mungkin jadi PM pertama yang memberi pengisian.
Seperti dalam jadual, PMX akan hadir pada hari pertama dan akan memberikan ucapan dengan tajuk ‘Jihad Membina Negara’. Boleh tengok macam mana PM sampaikan ilmu agama.
Siaran Langsung Perkampungan Sunnah 2024 / Siri 9
Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke Kangar, Perlis, jangan risau! Seperti tahun-tahun sudah, program Perkampungan Sunnah turut akan dibawakan secara langsung di facebook live PROmediaTAJDID.
Jadi dengan itu, anda yang jauh juga turut boleh dapatkan segala ilmu yang dikongsikan sepanjang program berlangsung. Turut dikongsikan menerusi saluran RTM beserta radio Perlis.
Jadual Perkampungan Sunnah 2024 / Siri 9
Berikut merupakan jadual dan tentatif penuh Perkampungan Sunnah tahun 2024 bagi siri 9 selama 3 hari bermula 3 hingga 5 April 2024.

Program akan penuh selama 3 hari bermula daripada Kuliah Subuh hingga Forum Perdana dan Bual Bicara pada malam sehingga ke Majlis Perasmian Penutup.
Untuk info lanjut, anda boleh rujuk facebook Jabatan Mufti Negeri Perlis.
Lokasi Penginapan Di Perlis
Masjid Alwi terletak di daerah Kangar, Perlis. Jadi bagi yang ingin berkampung di Perlis selama 3 hari ini, anda boleh sahaja menginap di mana-mana hotel berdekatan. Kami senaraikan cadangan penginapan dibawah
Kangar
- Hotel Ventura
- Dview Hotel
- Hotel Seri Malaysia Kangar
- ALL IN Hotel
- PADI PADI Hotel
- Ants Hotel
- Coop Hotel Kangar