Bagi memudahkan persiapan sepanjang bulan mulia ini, anda boleh mendapatkan jadual rasmi waktu berbuka puasa dan waktu Imsak bagi negeri Kedah keseluruhannya untuk tahun 2025 / 1446H di sini.
Bulan Ramadan yang penuh keberkatan kini kembali, membawa bersama peluang untuk umat Islam melaksanakan ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan keikhlasan.
Pada tahun ini, umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 2 Mac 2025, bersamaan hari Ahad, iaitu 1 Ramadan 1443H.
Tarikh ini ditentukan berdasarkan rukyah dan hisab yang disahkan oleh pihak berkuasa agama bagi memastikan keseragaman pelaksanaan ibadah puasa di seluruh negara.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menerbitkan takwim rasmi yang mengandungi jadual waktu berbuka puasa dan waktu Imsak bagi semua negeri di Malaysia termasuk bagi negeri Kedah.
BACA JUGA : Jadual Waktu Berbuka Puasa Di Seluruh Negeri
Jadual ini penting sebagai rujukan utama bagi memastikan umat Islam dapat menunaikan ibadah puasa dengan tepat mengikut ketetapan syarak, sekali gus membantu mereka merancang jadual harian sepanjang Ramadan dengan lebih baik.
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Bagi Negeri Kedah
Berikut merupakan jadual waktu berbuka puasa dan waktu imsak bagi sahur bagi seluruh negeri Kedah Darul Aman untuk tahun 2025 / 1446 H
Zon 1 : Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena

Zon 2 : Pendang, Kuala Muda dan Yan

Zon 3 : Padang Terap dan Sik

Zon 4 : Baling

Zon 5 : Kulim dan Bandar Baharu

Zon 6 : Langkawi

Zon 7 : Puncak Gunung Jerai

Sumber : JAKIM