Malaysia Futsal Cup 2024 kini sampai ke kemuncaknya, di mana dua pasukan gergasi, JDT vs Selangor, akan bertemu di pentas akhir untuk menentukan juara. Pertemuan JDT vs Selangor ini dijangka menjadi perlawanan sengit dan penuh aksi bagi peminat sukan futsal tanah air.
Final Malaysia Futsal Cup 2024 akan berlangsung pada 6 Oktober 2024, hari Ahad, jam 5.30 petang bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil, lokasi yang terkenal dengan kapasiti besar serta kemudahan terbaik.
Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di saluran RTM melalui TV Okey dan Sukan RTM. Bagi mereka yang tidak dapat hadir ke stadium, anda boleh menonton siaran langsung melalui platform RTM Klik secara percuma.
Selain final antara JDT dan Selangor, perlawanan penentuan tempat ketiga juga akan berlangsung pada hari yang sama. KL City FC akan bertemu Pahang Rangers pada jam 2.00 petang di venue yang sama.
Perlawanan ini turut dinanti-nantikan kerana Pahang Rangers adalah juara bertahan musim 2023, manakala KL City FC sedang berusaha untuk menamatkan kejohanan dengan kemenangan tempat ketiga.
JDT, yang menjadi naib juara pada musim lalu, kini berpeluang untuk mencipta sejarah dengan meraih kejuaraan sulung mereka dalam Malaysia Futsal Cup.
Selangor pula, dengan barisan pemain yang mantap, pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menjulang piala buat kali kedua.

Perjalanan JDT vs Selangor di Separuh Akhir Malaysia Futsal Cup 2024
Perjalanan kedua-dua pasukan untuk mara ke final sangat mengagumkan. Di separuh akhir, JDT bertemu KL City FC dalam perlawanan dua pusingan.
JDT mempamerkan dominasi mereka dengan kemenangan 4-0 pada perlawanan pertama dan 5-2 pada perlawanan kedua, menjadikan jumlah aggregat kemenangan 9-2.
Selangor pula berhadapan dengan Pahang Rangers dalam separuh akhir yang penuh dramatik. Pada perlawanan pertama, Selangor menang 5-3. Walaupun perlawanan kedua berakhir dengan keputusan seri 4-4, Selangor tetap berjaya mara ke final dengan aggregat 9-7.
Di peringkat suku akhir, JDT berjaya menundukkan Sabah dengan aggregat 11-5, manakala Selangor berjaya menewaskan Gombak TOT United dengan kemenangan aggregat 12-6. Prestasi cemerlang kedua-dua pasukan ini menunjukkan mereka layak untuk bersaing di pentas akhir.
Saksikan Pertembungan Sengit JDT vs Selangor
Pertembungan antara JDT vs Selangor di final Malaysia Futsal Cup 2024 dijangka menjadi perlawanan yang menarik dengan aksi pantas dan penuh taktik. Berikut merupakan keputusan perlawanan
FT : JDT (3) – (2) Selangor
- Bruno Taffy 4′
- Syahir Iqbal 17′
- Aidil Shahril Rosli 25′
- Firdaus Ambiah 27′
- Azwann Ismail 33′
Masa : 5.30 petang
Venue : Stadium Axiata
Siaran Langsung : TV Okey, Sukan RTM
Live Streaming : Sooka
Kejayaan pasukan mana yang bakal menjulang piala, sama ada JDT dengan misi mereka untuk meraih kejuaraan sulung atau Selangor yang berusaha menambah satu lagi piala dalam koleksi mereka, hanya akan terjawab pada petang tersebut.
Senarai Pemenang Malaysia Futsal Cup 2024
Juara | JDT |
Naib Juara | Selangor |
Tempat Ketiga | Pahang Rangers |
Tempat Keempat | KL City |