Siaran Langsung JDT vs Sri Pahang Liga Super 2024 (Live Streaming)

By aiman

Updated On:

Follow Us
jdt vs sri pahang

Kini saingan Liga Super 2024/2025 sudah memasuki minggu keempat (LS4) dan antara perlawanan yang berlangsung pertemuan JDT vs Sri Pahang yang merupakan perlawanan kedua untuk minggu ini.

Tetapi untuk hari kedua LS4, ianya merupakan perlawanan pertama dimana akan berlangsung pada 22 Jun 2024, hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri. Yang mana akan dimainkan pada belah petang, jam 5.30 petang.

Kedua-dua pasukan ini merupakan antara yang masih belum tewas dalam perlawanan awal sebelum ini. Akan tetapi Sri Pahang sudah keciciran mata apabila seri menentang Kuching City pada Mei yang lalu. Berbeza dengan JDT yang mana masih belum tewas atau seri sekali pun.

Mungkin inilah masanya untuk Sri Pahang melupakan kisah suram dalam saingan Piala FA yang lalu apabila tersingkir awal ketika berhadapan dengan Penang. Tewas menerusi penentuan sepakan penalti (3-4) selepas terikat 1-1 sepanjang perlawanan.

Adakah Sri Pahang Mampu Berikan Kejutan Kepada JDT?

Akan tetapi pasukan JDT bukanlah satu pasukan yang mudah untuk ditumpaskan. Baik dalam saingan liga dan piala fa, setakat ini mereka masih belum tewas. Tambahan lagi, Johor Darul Taโ€™zim merupakan juara bertahan 10 tahun berturut-turut Liga Super. Adakah ianya nampak mudah?

Iklan Disini

Setakat ini, tiada lagi mana-mana pasukan tempatan yang mampu mengganggu gugat kehebatan pasukan Harimau Selatan. Ini pula akan bermain di stadium keramat mereka di Stadium Sultan Ibrahim, bertambah sukar lagi ada lah.

Tetapi ini merupakan permain bola sepak. Mungkin dengan percaturan Fandi Ahmad, skuad Tok Gajah mampu untuk sekurang-kurangnya mengutip satu mata ketika bermain di Johor, atau mungkin juga JDT mampu untuk ditumbangkan di halaman sendiri.

JDT juga pastinya mahukan keputusan positif untuk terus berada di puncak seperti mana sekarang. Sri Pahang juga tidak mahu keciciran mata yang mana memungkinkan untuk pasukan tersebut turun ke kedudukan yang lebih bawah.

Beli Tiket Sekarang

Untuk penyokong tuan rumah, jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium pada hari perlawanan nanti. Ini pastinya sedikit sebanyak akan memberikan tonik tambahan kepada para pemain beraksi di atas padang.

Jadi apa tunggu lagi, dapatkan sekarang tiket masuk yang kini sudah mula dijual. Anda boleh dapatkan secara online menerusi laman web https://www.tickethotline.com.my/. Tiada jualan tiket fizikal dijual di stadium.

Siaran Langsung JDT vs Sri Pahang โ€“ Live Streaming

Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang atau kepada semua penyokong bola sepak sepak tempatan, anda juga masih boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di rumah dimana akan disiarkan di kaca tv.

Anda boleh saksikan perlawanan JDT vs Sri Pahang yang akan ditayangkan di saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go. Untuk tontonan live streaming, boleh menggunakan Sooka dengan yuran langganan RM26.90 sebulan.

Iklan Disini

Keputusan Perlawanan

Berikut merupakan jadual perlawanan antara JDT vs Sri Pahang dalam saingan Liga Super 2024/2025 bagi minggu keempat (LS3) yang berlangsung pada 22 Jun ini (Sabtu) bertempat di Stadium Sultan Ibrahim

FT : JDT (3) โ€“ (0) Sri Pahang

  • Heberty 5โ€ฒ, 67โ€ฒ, 87โ€ฒ

Masa : 5.30 petang
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment