Liga Super kini bersambung kembali selepas saingan Piala FA pada minggu lalu. Tumpuan pasti terarah kepada pertemuan JDT vs Terengganu yang menjadi antara perlawanan sengin pada minggu ini.
Seperti yang dijadualkan pada awal musim dimana perlawanan untuk minggu keenam (LS6) ini akan berlangsung pada 26 Julai 2024, iaitu pada hari Jumaat bertempat di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.
Ramai yang mengatakan, perlawanan ini seperti pra-final Piala FA. Manakan tidak, JDT dan Terengganu kini berpeluang untuk ke final apabila masing-masing menang ketika bermain pada perlawanan timbal balik pertama.
Tetapi sebenarnya masih ada peluang untuk pasukan lawan. Kerana masing-masing akan bermain dalam satu lagi perlawanan timbal balik dan itulah penentuan siapakah yang layak ke final nanti.

Rekod Pertemuan JDT vs Terengganu
Setakat minggu keenam untuk saingan liga, mahupun dalam mana-mana kejohanan, kedua-dua pasukan ini tidak pernah lagi bersua muka. Ini merupakan kali pertama mereka bertemu untuk musim 2024/2025 ini.
JDT dan Terengganu merupakan pasukan yang kini masih belum tewas dalam mana-mana perlawanan baik dalam saingan liga, mahupun di Piala FA. JDT masih dengan rekod bersih tanpa kalah dan seri. Tetapi Terengganu pernah seri sebanyak dua kali.
Jika melihat daripada rekod pertemuan untuk kedua-dua pasukan, pasukan Harimau Selatan tidak pernah tewas dalam 10 perlawanan terakhir ketika bertemu Terengganu. Hanya pernah seri sekali sahaja, selebihnya adalah kemenangan.
Kali ini bermain di kubu kuat pasukan JDT, sekali lagi, pastinya sukar untuk mana-mana pasukan lawan untuk meraih keputusan positif disini termasuk JDT sendiri. Adakah mereka mampu mencipta magis seperti yang dilakukan dalam saingan Piala FA?
JDT Masih Gah Berada Di Puncak Liga
Setakat lima perlawanan bagi Johor Darul Ta’zim, mereka masih tidak berjaya diganggu-gugat oleh mana-mana pasukan. Satu-satunya pasukan yang meraih mata maksimum tanpa sebarang keciciran mata.
Kini mereka juga telah menjarakkan kedudukan dengan pasukan di tangga kedua sebanyak enam mata. Terengganu yang berada di kedudukan ketiga, mampu naik ke tangga kedua jika berjaya mendapatkan tiga mata.
Akan tetapi, tugas sukar bakal dihadapai oleh anak-anak buah Tomislav Steinbruckner ketika bertandang di SSI nanti. Kemenangan pastinya ditagih oleh skuad Penyu. Akan tetapi pulang dengan 1 mata juga merupakan keputusan yang baik sebenarnya.
Siaran Langsung JDT vs Terengganu (Live Streaming)
Pertemuan antara dua buah pasukan yang kuat. Pastinya dinanti-nantikan oleh semua peminat bola sepak tempatan. Kalau tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, boleh saksikan di rumah di hadapan kaca tv.
Perlawanan ini akan dibawakan secara langsung menerusi saluran RTM iaitu di TV Okey dan Sukan RTM. Selain itu, boleh tonton secara live streaming di RTM Klik secara percuma untuk semua.
Keputusan Perlawanan
Berikut merupakan keputusan perlawanan bagi minggu keenam Liga Super 2024/2025 antara JDT vs Terengganu yang berlangsung pada 26 Julai 2024, hari Jumaat.
FT : JDT (4) – (0) Terengganu
- Heberty 6′
- Bergson da Silva 32′ (P), 64′, 90+2′
Masa : 8.15 Malam
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
TV : TV Okey, Sukan RTM
Live Stremaing : RTM Klik