Selepas bermula perlawanan Kuching City dan PDRM, satu lagi perlawanan akan berlangsung pada hari yang sama iaitu antara Kedah vs Kelantan untuk perlawanan kedua.
Perlawanan ini akan berlangsung pada hari Jumaat bersamaan 12 Julai 2024 bertempat di Stadium Darul Aman. Waktu sepak mula adalah pada pukul 9.00 malam.
Anda boleh saksikan aksi Kedah vs Kelantan ini secara langsung di kaca tv iaitu menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Juga tersedia secara live streaming di RTM Klik secara percuma.

Perlawanan Antara Kedah vs Kelantan Untuk Musim Kali Ini
Kedah sepertinya masih mencari rentak pada awal musim saingan liga kali ini. Pada perlawanan pertama mereka menang. Kemudian tewas dua kali berturut-turut dan pada LS4 barulah mereke melakar kemenangan kembali.
Bermain di halaman sendiri kali ini, pastinya mereka inginkan 3 mata penting sekali gus mampu untuk memperbaiki kedudukan dalam liga. Pemotongan mata juga memberi kesan kepada kedudukan mereka.
Tetapi Kelantan Darul Naim juga tidak mahu terlepas untuk sekurang-kurangnya berjaya mencuri mata di Darul Aman. Jika sebelum ini, mereka mampu untuk tundukkan PDRM, mungkin dengan Kedah juga, mereka mampu untuk mencipta magis tersebut.
Keputusan Perlawanan
Untuk ketahui pasukan manakah yang akan memenangi perlawanan ini, jangan lupa saksikan Kedah vs Kelantan yang akan berlangsung pada 11 Julai 2024, hari Jumaat ini.
FT : Kedah (3) – (0) Kelantan
- Rizal Ghazali 10′
- Syafiq Ahmad 58′
- Sony Norde 73′
Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Darul Aman
TV : TV Okey, Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik