Kedah vs Kuching City antara perlawanan yang bakal berlangsung pada minggu keenam (LS6) dalam saingan Liga Super untuk musim 2024/2025 kali ini.
Perlawanan ini akan diadakan pada 26 Julai 2024, hari Jumaat bertempat di Stadium Darul Aman. Ada tiga perlawanan berlangsung pada hari ini dan ini merupakan yang ketiga.
BACA JUGA : Jadual Penuh Liga Super 2024/2025
Rekod Pertemuan Kedua-Dua Pasukan
Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu adalah pada musim 2023 menerusi Challenge Cup dimana Kuching City menang kedua-dua perlawanan tersebut sekali gus layak ke separuh akhir.
Tetapi dalam saingan liga, kedua-dua pertemuan dimenangi oleh Kedah Darul Aman baik bermain di Darul Aman atau di Kuching. Jadi kini seimbang untuk kedua-dua pasukan ketika bertemu nanti.
Kedah sudah pastinya ingin mencari kemenang ketiga berturut-turut dalam perlawanan ini apabila mereka meraihnya ketika bertemu Penang dan Kelandan Darul Naim sebelum ini.
Manakala Penang baru sahaja meraih kemenangan pertama mereka pada minggu sebelumnya ketika menentang PDRM. Momentum tersebut pastinya dibawa ke pertemuan ini.
Kedudukan Sama Dalam Siangan Liga
Disebabkan pemotongan 3 mata kepada Kedah, kini kedua-dua pasukan meraih 6 mata iaitu jumlah yang sama. Hanya dipisahkan dengan kedudukan sahaja dimana Kedah di tangga keenam dan Kuching City di tangga ketujuh.
Mana-mana pasukan yang meraih kemenangan dalam perlawanan ini, pastinya kedudukan mereka akan berubah. Kedah sudah pastinya mempunyai kelebihan sebagai tuan rumah.
Siaran Langsung Kedah vs Kuching City & Live Streaming
Jadi jangan lupa untuk saksikan perlawanan ini yang mana ianya akan disiarkan secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.
Untuk yang tidak mempunyai akses Astro, boleh tonton secara live streaming di platform Sooka, sama ada menerusi laman web atau aplikasi mobile.
Keputusan Perlawanan
Berikut merupakan keputusan perlawanan Kedah vs Kuching City dalam saingan Liga Super 2024 yang berlangsung pada 26 Julai 2024, hari Jumaat.
FT : Kedah (1) – (1) Kuching City
- Hasbullah Abu Bakar 60′
- Jordan Mintah 90+3′ (P)
Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Darul Aman
TV : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Sooka