Piala AFF: Siaran Langsung Live Streaming Kemboja vs Malaysia Di Piala AMEC 2024

By aiman

Published on:

kemboja vs malaysia

Kejohanan ASEAN Mitsubishi Electric Cup 2024 (Piala AMEC) kembali dengan perlawanan pembukaan yang dinantikan antara Kemboja vs Malaysia.

Sebagai kejohanan bola sepak terulung di Asia Tenggara, Piala AFF kini memasuki edisi ke-15, mempertemukan pasukan kebangsaan terbaik dari rantau ini, termasuk skuad Harimau Malaya.

Di bawah bimbingan jurulatih Pau Marti, skuad Malaysia dijangka memberi saingan sengit dan pastinya ingin mengejar gelaran juara.

Penyokong berharap pasukan negara dapat bermula dengan langkah kanan dalam perlawanan ini, memandangkan kemenangan awal sangat penting untuk melangkah ke peringkat kalah mati.

Advertisements

Kejohanan ASEAN Mitsubishi Electric Cup 2024 (AMEC)

Kejohanan ini akan berlangsung dari 8 Disember 2024 hingga 5 Januari 2025, membawa format unik dengan perlawanan di pelbagai lokasi merentasi Asia Tenggara.

Tidak seperti edisi sebelumnya yang berpusat, edisi 2024 menawarkan pengalaman lebih dinamik untuk penyokong.

Untuk rekod sejarah kejohanan, Thailand muncul pasukan paling berjaya dengan 7 kejuaraan. Malaysia pula pernah meraih gelaran juara sekali pada edisi 2010, ketika di bawah bimbingan Datuk K. Rajagopal.

Dalam edisi kali ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama pasukan kuat seperti Thailand, Singapura, Kemboja, dan Timor-Leste disamping dengan Kumpulan B yang terdiri daripada Vietnam, Indonesia, Filipina, Myanmar dan Laos.

Setiap pasukan akan bermain dalam format round-robin satu pusingan di peringkat kumpulan. Hanya dua pasukan teratas dari setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir, yang bakal dimainkan secara timbal balik termasuk di final.

Perlawanan Kemboja vs Malaysia (Jadual)

Kemboja vs Malaysia akan menjadi perlawanan pembukaan untuk Kumpulan A dan juga untuk kejohanan ASEAN Championship ini.

Pertemuan ini bakal berlangsung di Stadium Nasional Olimpik, Phnom Penh, dengan Kemboja menjadi tuan rumah.

Statistik menunjukkan kelebihan memihak kepada Malaysia yang telah menang dalam 7 pertemuan terdahulu antara kedua-dua pasukan.

Kali terakhir mereka bertemu ialah pada tahun 2022, di mana Malaysia menang besar 4-0 dalam perlawanan persahabatan.

Advertisements

8 Disember 2024 (Ahad) merupakan tarikh perlawanan bagi pertemuan Kemboja vs Malaysia dan waktu sepak mula adalah pada pukul 6.45 petang waktu Malaysia.

Bagi penyokong Harimau Malaya, anda boleh menyaksikan perlawanan ini secara langsung melalui siaran Astro Arena 803 dan live streaming di Sooka

Namun, tiada siaran langsung di RTM untuk edisi kali ini, menjadikan Astro sebagai platform utama bagi liputan Piala AMEC 2024.

Keputusan Perlawanan

Kemboja vs Malaysia

Masa : 6.45 petang
Venue : Stadium Nasional Olimpik, Phnom Penh
Tayangan TV : Astro Arena
Live Streaming : Sooka

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

1 thought on “Piala AFF: Siaran Langsung Live Streaming Kemboja vs Malaysia Di Piala AMEC 2024”

Leave a Comment