Pertemuan sengit antara Malaysia vs Timor Leste bakal mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan apabila kedua-dua pasukan ini bertemu dalam perlawanan kedua kumpulan A di kejohanan ASEAN Mitsubishi Electric Cup 2024 (Piala AMEC).
Pertembungan kedua-dua pasukan ini seperti dijadualkan akan berlangsung pada Rabu, 11 Disember 2024, dengan waktu sepak mula pada jam 9.00 malam bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Sebagai tuan rumah, pasukan Harimau Malaya sudah pasti akan memanfaatkan kelebihan gelanggang sendiri untuk mendapatkan keputusan positif, sekali gus meraih 3 mata pertama dalam Piala AFF kali ini.
Perlawanan Pertama Kedua-Dua Pasukan
Kempen Piala AMEC 2024 dimulakan oleh Malaysia dengan penuh debaran. Dalam perlawanan pembukaan pada Ahad lepas, pasukan Harimau Malaya sekadar mencatatkan keputusan seri 2-2 ketika bertandang ke Phnom Penh menentang Kemboja.
BACA JUGA : Malaysia Terlepas Peluang Keemasan Untuk Peroleh 3 Mata Pertama
Walaupun pasukan Malaysia mendahului pada babak pertama, kealpaan di bahagian pertahanan menyebabkan mereka gagal membawa pulang tiga mata penuh. Ini sedikit mencacatkan rekod pertemuan untuk skuad Harimau Malaya.
Di pihak lawan, Timor Leste menerima tamparan hebat apabila dibelasah teruk oleh Thailand di tempat sendiri dengan jaringan besar 10-0. Kekalahan ini meletakkan Timor Leste di kedudukan tercorot dalam kumpulan A, manakala Malaysia berada di tempat ketiga.
Dengan keputusan perlawanan pertama ini, tekanan jelas berada di bahu Timor Leste untuk bangkit semula, tetapi mereka berdepan cabaran sukar menentang Malaysia yang kini beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri di Bukit Jalil.
Sejarah Pertemuan Malaysia vs Timor Leste
Sejarah pertemuan antara Malaysia vs Timor Leste memperlihatkan dominasi Harimau Malaya. Sejak tahun 2004, kedua-dua pasukan telah berentap sebanyak 7 kali, dengan Malaysia mencatatkan kemenangan dalam kesemua perlawanan tersebut.
Kali terakhir mereka bertemu adalah dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia (WCQ) pada tahun 2019, di mana Malaysia menang besar dengan keputusan 5-1.
Gol-gol ketika itu menyaksikan aksi cemerlang pemain-pemain utama Malaysia, sekaligus mengukuhkan rekod cemerlang Harimau Malaya ke atas Timor Leste.
Melihat kepada prestasi semasa dan rekod pertemuan terdahulu, Malaysia dijangka tidak menghadapi masalah besar untuk mengatasi cabaran Timor Leste pada perlawanan kali ini
Harimau Malaya Inginkan Kemenangan Pertama Dalam Kempen Piala AMEC 2024
Stadium Nasional Bukit Jalil yang bakal dipenuhi penyokong setia Harimau Malaya memberikan semangat tambahan kepada pasukan kebangsaan. Sokongan moral ini dijangka menjadi pemangkin untuk Malaysia meraih kemenangan penting.
Dengan rekod kekalahan besar kepada Thailand, moral pemain Timor Leste mungkin masih tergugat. Mereka perlu memperbaiki kelemahan di bahagian pertahanan jika mahu memberikan tentangan kepada Malaysia.
Seri menentang Kemboja memberi pengajaran berharga kepada Malaysia untuk memperbaiki aspek pertahanan. Ketua Jurulatih Jurulatih Paul Martin melakukan perubahan taktikal bagi memastikan pasukan kebangsaan tidak mengulangi kesilapan sama.
Siaran Langsung dan Sokongan Peminat
Bagi peminat yang tidak dapat hadir ke stadium, anda boleh menonton siaran langsung Malaysia vs Timor Leste melalui saluran Astro Arena 801. Selain itu, peminat juga boleh tonton secara live streaming di Sooka
Keputusan Perlawanan
FT : Malaysia (3) – (2) Timor Leste
- Syafiq Ahmad 38′
- Olagar Xavier 45’+1
- João Pedro 45’+3
- Paulo Josue 70′, 83′
Masa : 9.00 malam
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan TV : Astro Arena
Live Streaming : Sooka
1 thought on “Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Timor Leste Di Perlawanan Piala AMEC 2024”