Kenapa Kucing Makan Rumput? Ini Sebab Sebenarnya

By aiman

Published On:

Follow Us
kenapa kucing makan rumput

Pernah tak anda nampak kucing makan rumput? Jika anda mempunyai haiwan pelihataan, perkara ini mungkin biasakan. Sedangkan kita tahu ‘majikan’ kita dikenali sebagai haiwan karnivor yang makan daging.

Situasi ini sebenarnya sangat biasa berlaku, sama ada pada kucing rumah mahupun kucing jalanan. Ada yang terus muntah selepas makan rumput, ada juga yang kelihatan seperti tiada apa-apa berlaku. Jadi, adakah perbuatan ini normal atau petanda masalah kesihatan?

Dalam perkongsian kali ini, jom kita fahami dengan lebih jelas kenapa kucing makan rumput dan apa maksud di sebalik tingkah laku tersebut.

Adakah Normal Kalau Kucing Makan Rumput?

Jawapannya, ya, ia adalah normal dalam kebanyakan keadaan. Walaupun kucing ialah haiwan karnivor, naluri semula jadi mereka masih mendorong untuk mencuba tumbuhan tertentu seperti rumput.

Ramai doktor veterinar berpendapat bahawa tabiat ini bukan sesuatu yang pelik. Malah, ia sering dikaitkan dengan sistem pencernaan kucing dan cara badan mereka menyesuaikan diri secara semula jadi.

Namun begitu, penting juga untuk kita perhatikan kekerapan dan keadaan selepas kucing makan rumput. Jika berlaku terlalu kerap atau disertai simptom lain, ia mungkin memerlukan perhatian lanjut.

Apa Sebab Kucing Makan Rumput

Terdapat beberapa sebab dan kenapa haiwan pelihataan seperti kucing ini akan makan rumput :

1. Membantu Sistem Pencernaan

Salah satu sebab kucing makan rumput ialah untuk membantu sistem pencernaan kucing. Rumput mengandungi serat yang boleh merangsang pergerakan usus.

kucing makan rumput

Kadangkala, kucing akan menelan bulu ketika menjilat badan. Bulu ini boleh berkumpul dalam perut dan membentuk bebola bulu. Dengan makan rumput, ia boleh merangsang muntah atau membantu menolak bebola bulu keluar melalui najis.

2. Untuk Merangsang Muntah

Pernah nampak kucing muntah selepas makan rumput? Itu sebenarnya antara fungsi semula jadi rumput kepada kucing.

Apabila kucing berasa tidak selesa pada perut, seperti termakan sesuatu yang tidak sesuai, mereka mungkin akan mencari rumput untuk dimakan.

Rumput boleh menggelitik lapisan perut dan mencetuskan refleks muntah. Cara ini membantu mereka menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan dalam badan.

3. Naluri Semula Jadi Sejak Zaman Liar

Walaupun kucing rumah hidup selesa, naluri asal mereka masih kuat. Di habitat liar, kucing mungkin memakan keseluruhan mangsa termasuk kandungan perut haiwan tersebut yang mengandungi tumbuhan.

Jadi, tabiat makan rumput mungkin berkait dengan naluri semula jadi yang sudah sebati sejak dahulu lagi.

4. Sumber Nutrien Tambahan

Ada juga teori yang menyatakan bahawa rumput mengandungi nutrien tertentu seperti asid folik. Asid folik penting untuk pembentukan sel darah dan kesihatan keseluruhan.

Walaupun makanan komersial biasanya sudah lengkap dengan nutrisi, ada kemungkinan kucing tetap tertarik kepada rumput kerana kandungan tertentu yang dirasai oleh badan mereka.

Adakah Perlu Risau Jika Kucing Makan Rumput?

Anda tidak perlu terlalu risau jika:

  • Kucing makan rumput sekali-sekala
  • Tiada tanda sakit berpanjangan
  • Muntah hanya sekali dan selepas itu kembali aktif

Keadaan ini biasanya tidak membahayakan. Tetapi sebaliknya, anda perlu lebih berhati-hati jika :

  1. Kucing muntah berulang kali setiap hari
  2. Hilang selera makan
  3. Nampak lesu dan tidak aktif
  4. Mengalami cirit-birit berpanjangan

Jika simptom ini muncul, sebaiknya dapatkan pemeriksaan daripada doktor haiwan untuk memastikan tiada masalah kesihatan kucing yang serius.

Adakah Semua Rumput Selamat Untuk Kucing?

Ini soalan yang ramai terlepas pandang. Tidak semua tumbuhan atau rumput selamat untuk kucing.

cat grass

Rumput biasa di halaman rumah mungkin terdedah kepada racun serangga atau bahan kimia. Selain itu, ada tumbuhan hiasan yang sebenarnya beracun kepada kucing.

Jika anda mahu kucing peliharaan makan rumput dengan selamat, boleh pertimbangkan untuk tanam “cat grass” khas yang dijual di kedai haiwan. Biasanya ia terdiri daripada gandum atau barli yang lebih selamat untuk dimakan.

BACA JUGA : Dapatkan ‘Cat Grass’ Murah Dipasaran Disini

Patutkah Halang Kucing Daripada Makan Rumput?

Jika tabiat itu berlaku secara terkawal dan tidak mendatangkan masalah, anda tidak perlu menghalangnya sepenuhnya. Tabiat makan rumput bagi kucing selalunya adalah tingkah laku semula jadi.

Namun, pastikan kawasan sekitar selamat dan bebas bahan kimia. Jika anda tinggal di kawasan bandar, elakkan kucing makan rumput di tepi jalan kerana risiko pencemaran.

Sebagai pemilik, tugas kita adalah memantau dan memastikan kucing dalam keadaan sihat. Pemerhatian kecil seperti ini boleh membantu mengesan perubahan kesihatan lebih awal.

Kesimpulan

Secara ringkasnya, kenapa kucing makan rumput bukanlah misteri besar. Ia boleh berlaku kerana ingin membantu sistem pencernaan, merangsang muntah, memenuhi naluri semula jadi atau mendapatkan nutrien tertentu.

Dalam kebanyakan kes, ia adalah normal dan tidak berbahaya. Apa yang penting ialah kita peka terhadap perubahan tingkah laku dan kesihatan mereka.

Jika kucing anda masih aktif, makan seperti biasa dan tidak menunjukkan tanda sakit, kemungkinan besar tabiat itu hanyalah sebahagian daripada sifat semula jadi mereka.

Lain kali bila nampak kucing anda mengunyah rumput, anda sudah tahu sebabnya. Yang penting, pastikan ia selamat dan bebas daripada bahan berbahaya.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now