20 Jenama Baju Raya 2025 Sempena Lebaran. No 13 Paling Popular

By aiman

Updated On:

Follow Us
jenama baju raya

Tahun 2025 ni agaknya jenama Baju Raya apa yang ada di pasaran? Jenama manakah yang bakal menjadi popular dan banyak dipakai ketika menjelang Aidilfitri nanti.

Musim perayaan selalu dinantikan oleh semua orang, terutama ketika tiba masa untuk memilih pakaian yang sesuai untuk menyambut hari yang istimewa ini.

Pada tahun 2025, pelbagai jenama baju raya telah muncul di pasaran dengan koleksi terkini yang menggabungkan elemen tradisional dan moden sama ada Baju Melayu untuk lelaki mahupun Baju Kurung untuk wanita.

BACA JUGA : Senarai Baju Raya Harga Bawah RM100 Untuk Tahun 2025

Dari reka bentuk yang elegan hingga kain berkualiti tinggi, jenama-jenama ini menawarkan pelbagai pilihan untuk memenuhi citarasa setiap individu terutamanya menjelang Aidilfitri.

Tahun 2025 menyaksikan kemunculan trend fesyen yang lebih inovatif, dengan jenama-jenama tempatan bersaing untuk menawarkan yang terbaik.

Setiap jenama membawa identiti tersendiri, sama ada melalui potongan yang unik, penggunaan warna yang menarik, saiz yang ditawarkan serta hiasan yang menawan.

Bagi mereka yang mencari pakaian yang menggabungkan keselesaan dan gaya, jenama baju raya 2025 menawarkan pelbagai pilihan yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Tidak kira sama ada anda lebih cenderung kepada gaya klasik atau moden, koleksi jenama baju raya 2025 pasti mempunyai sesuatu untuk semua orang.

Berikut antara 20 jenama baju raya terbaik dan popular yang patut dipertimbangkan untuk penampilan raya yang menawan. Dari jenama mewah hingga yang lebih berpatutan semua semua orang

1) Elrah Exclusive

Elrah Exclusive

Jenama Elrah Exclusive sudah tidak asing lagi, terutama dalam koleksi pakaian lelaki. Tahun ini, mereka terus mengekalkan pengeluaran Baju Melayu dan Kurta, memastikan penampilan lebih segak di pagi raya.

Selain Baju Melayu dan Kurta, tahun 2025 kali ini mereka ada menyediakan koleksi Jubah pula untuk lelaki beserta kain samping untuk dipadangkan bersama Baju Melayu bagi melengkapkan pemakaian.

Baju raya ini boleh didapati di kedai fizikal mereka atau secara online melalui laman web di elrahexclusive.my atau laman rasmi Shopee ElrahExclusivesyaq DISINI beserta TikTok Shop DISINI

2) Asikinahmad

baju raya Asikinahmad

Jenama Asikinahmad mengfokuskan antara gaya moden dan klasik serta sentuhan kontemporari untuk penampilan yang elegan dan timeless terutamanya ketika Hari Lebaran.

Mereka ada menyediakan baju raya sedondon untuk satu keluarga. Ini bermakna, ayah, ibu serta anak boleh dapatkan koleksi pakaian daripada jenama ini dengan padanan yang sama di pagi raya.

Ada baju kurung, baju kebaya, kurta dan baju melayu. Boleh dapatkan di kedai fizikal atau secara online di laman web www.asikinahmad.com. Juga dijual di laman Shopee Asikin Ahmad Official Store.

3) Petit Moi

petit moi

Petit Moi menawarkan pakaian dan aksesori fesyen sederhana yang premium serta bergaya untuk lelaki dan wanita di Malaysia terutamanya ketika Hari Raya.

Produk yang tersedia termasuk baju kurung, gaun, kaftan, kurta, kemeja, dan pelbagai jenis pakaian lain. Koleksi mereka direka untuk memenuhi keperluan individu yang mencari pakaian sederhana namun bergaya.

Anda boleh membeli produk mereka secara online melalui laman web rasmi atau di laman e-dagang Shopee di Petit Moi Outlet.

Iklan Disini

4) Qiszar

Qiszar

Qiszar menawarkan pelbagai koleksi pakaian premium dan aksesori fesyen, khususnya untuk sambutan Hari Raya. Ada Qiszar Timeless Raya, Maharanee, Luxe, Baju Melayu, Shawl dan sehingga untuk baju kanak-kanak juga.

Jika anda berminat untuk dapatkan semua koleksi ini, anda bolah layari laman web rasmi mereka di https://qiszar.com/

5) Kurung Factory

jenama baju raya kurung factory

Kurung Factory Shop menawarkan pelbagai koleksi pakaian tradisional dan moden, khususnya baju kurung dan kebaya untuk wanita, yang sesuai untuk sambutan Hari Raya.

Harga sekitar RM150 ke RM199, sesuai bagi mereka yang inginkan koleksi baju kurung yang terbaik. Boleh dapatkan di laman web rasmi atau di Shopee Kurung Factory sekarang.

6) J. Labella Atelier

J. Labella Atelier

Sempena Hari Raya, mereka telah melancarkan koleksi baharu untuk tahun 2025, termasuk Baju Kurung untuk wanita dan Baju Melayu untuk lelaki.

Lebih daripada 10 jenis koleksi Baju Kurung tersedia, antaranya Preeya Kurung, Anaria Kurung, Eskaria Kurung dan pelbagai lagi untuk wanita. Lelaki ada J. Armani serta Andika Baju Melayu. Setiap koleksi hadir dengan pilihan warna yang menarik dan elegan.

Jika berminat, anda boleh membuat pembelian secara dalam talian di jlabella.com.my atau melalui penjual rasmi di Shopee menerusi J. Labella Atelier Official Store. Juga tersedia di TikTok Shop dengan tawaran diskaun.

7) Zoe Arissa

Zoe Arissa

Zoe Arissa membawakan pakaian dan aksesori fesyen sederhana untuk wanita, termasuk koleksi Raya seperti baju kurung, kebaya, dan hijab.

Harga berpatutan, bermula sekitar RM20.90 hingga RM119.90. Sesuai untuk wanita yang mencari pakaian moden dan elegan. Boleh dibeli di zoearissa.com atau laman Shopee rasmi di Zoe Arissa Luxe Flagship.

8) Pazze

pazze apparel

Pazze Apparel menawarkan pelbagai pakaian tradisional lelaki, termasuk koleksi Raya seperti Baju Melayu, kurta, dan baju batik. Produk mereka sesuai untuk lelaki yang mencari pakaian tradisional dengan rekaan moden.

Harga produk tidak lebih RM100 pun. Jadi orang ramai boleh dapatkan dengan harga berpatutan disini. Untuk maklumat lanjut, layari pazzeapparel.com atau laman Shopee rasmi Pazze Official Store.

9) Khatam

khatam

Khatam menjual pakaian tradisional moden untuk lelaki, wanita, dan kanak-kanak, termasuk koleksi Raya seperti Baju Melayu, kurta, baju kurung, dan kebaya. Mana yang berminat dengan style teluk belanga, boleh dapatkan sekarang.

Harga bermula dari RM73 hingga RM189. Sesuai untuk semua peringkat umur. Boleh beli di khatam.com.my.

10) Pokoks

pokoks

POKOKS menawarkan pelbagai pakaian tradisional moden untuk lelaki, wanita, dan kanak-kanak untuk Aidilfitri. Antara koleksi yang ada termasuk Baju Melayu & Kurta โ€“ Rekaan ringkas dan moden untuk lelaki serta kanak-kanak.

Selain itu, terdapat juga Baju Kurung dan Kebaya yang mana esuai untuk wanita dan kanak-kanak perempuan, dengan potongan longgar dan selesa. Boleh dapatkan secara online di laman web rasmi mereka sekarang.

11) Jemels

baju raya jemels

Jemels menawarkan koleksi pakaian tradisional moden untuk wanita, lelaki, dan kanak-kanak, termasuk baju kurung, kebaya, dan baju Melayu. Harga bermula sekitar RM169 hingga RM279, sesuai untuk seisi keluarga. Layari jemels.com atau dapatkan di Shopee Jemels Official Store sekarang. Juga ada di TikTok Shop Jemels Atelier.

12) Primavalet

primavalet

Satu lagi jenama baju raya yang menawarkan pelbagai koleksi menarik untuk lelaki dan wanita. Mereka menyediakan Baju Melayu, Baju Kurung, kurta, tudung, dan banyak lagi.

Antara pilihan Baju Melayu ialah Majesty, Zidane, Emir, manakala koleksi Baju Kurung moden termasuk Helen, Fareena, Aqeela, dan Monalisa.

Untuk melihat lebih banyak koleksi, anda boleh terus ke Primavalet Official Store di Shopee dan membuat pembelian dengan mudah!

13 ) Bulan Bintang

bulan bintang

Satu jenama yang kini trending setiap kali tiba Aidilfitri. Belum mula Ramadan lagi, pemasaran telah bermula untuk berikan yang terbaik kepada setiap pelanggannya bergaya di pagi hari raya.

Setiap lapisan umur berpeluang untuk mendapatkan koleksi Bulan Bintang. Bukan itu sahaja, setiap saiz baju pun kini disediakan. Tidak cukup dengan itu, tahun 2025, mereka akan bagi hadiah yang lumayan kepada pembeli bertuah sehingga RM10 juta kesemuanya.

Jangan lupa untuk dapatkan koleksi Raya Bulan Bintang di laman web atau laman Shopee rasmi di BulanbintangHQ. Untuk lebih diskaun, boleh dapatkan di TikTok Shop Bulang Bintang DISINI.

14) Aisy Ashraf

Aisy Asyraf by IMAM MUDA Asyraf

Aisy Asyraf by IMAM MUDA Asyraf ialah butik pakaian lelaki yang mematuhi syariat Islam, menawarkan koleksi seperti kurta dan Baju Melayu dengan rekaan terkini, bergaya, dan eksklusif.

Produk mereka sesuai untuk lelaki yang mencari pakaian tradisional dengan sentuhan moden. Harga pakaian bermula sekitar RM109. Untuk maklumat lanjut dan pembelian, layari Aisy Asyraf Official HQ di Shopee.

15) Leeyanarahman

Leeyanarahman

Jenama ini menawarkan koleksi pakaian moden dan elegan, termasuk pilihan untuk baju raya bagi wanita dan lelaki. Mereka mengkhususkan dalam reka bentuk yang menggabungkan elemen tradisional dengan sentuhan kontemporari, seperti kurung moden, kebaya, dan baju Melayu.

Koleksi mereka sesuai untuk semua golongan, dari remaja hingga dewasa, dengan harga yang berpatutan hingga premium.

Leeyanarahman menawarkan pakaian berkualiti tinggi yang sesuai untuk majlis-majlis istimewa seperti Hari Raya, menjadikannya pilihan popular bagi mereka yang mencari gaya terkini dan selesa.

16) Wakdoyok Clothing

wak doyok

Setiap tahun, Baju Melayu dari Wak Doyok Clothing sentiasa menjadi ditunggu-tunggu. Untuk tahun 2025, Wak Doyok mengumumkan teknologi baru yang diperkenalkan pada baju melayu iaitu bayuflo. Selesai di pakai seharian.

Anda boleh melawat terus ke Starvillion di Seksyen 7, Shah Alam, atau membeli secara dalam talian melalui laman web www.thestarvilion.com atau di Shopee Starvillion Official Store.

Iklan Disini

17) Ukasyah Exclusive

Ukasyah Exclusive

Ukasyah Exclusive menumpukan perhatian pada Baju Melayu dengan menawarkan dua jenis potongan, iaitu slim fit dan relaxed fit.

Baju ini diperbuat daripada kain duchess yang berkualiti, dilengkapi zip di lengan untuk kemudahan berwuduk, serta tersedia dalam pelbagai pilihan warna.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi atau beli melalui laman rasmi Ukasyah Exclusive HQ di Shopee.

18) Myravallyn

Myravallyn

Setiap tahun, pasti ramai yang pening nak pilih baju raya, terutamanya jika nak ada tema warna tertentu. Tambahan pula, nak cari baju yang matchy-matchy dengan suami, memang mencabar!

Tapi jangan risau, Myravallyn hadir untuk ada cara penyelesaian masalah anda! Kini, mereka memperkenalkan koleksi baju Melayu khas untuk para jejaka. MV Majesty Raya menawarkan baju raya yang bukan sahaja berkualiti tinggi, malah cantik dan sesuai untuk penampilan istimewa anda.

Bagi para jejaka, terdapat koleksi Yusoof Baju Melayu dengan pelbagai pilihan warna menarik.

Manakala untuk wanita, MV menyediakan pelbagai jenis baju kurung seperti Anita Kurung, Clara Kurung, Hailey Kurung, Amalia Kurung, Isabel Kurung, dan banyak lagi. Malah, mereka turut menawarkan pilihan dress yang cantik dan sesuai untuk hari raya!

Nak beli, boleh terus pergi ke shopee rasmi Myravallyn.

19) Rijal & Co

Rijal & Co

Sesuai dengan namanya, Rijal & Co mengfokuskan kepada koleksi pakaian untuk lelaki seperti Baju Melayu dan kurta. Ada jenis moden asli, teluk belanga dan pelbagai lagi.

Jika berminat, boleh terus dapatkan di halaman Shopee Mall di RIJAL&Co. sekarang

20) Adam Hawa

adam hawa hq

Tahun 2025, seorang lagi selebriti yang berkecimpung dalam dunia perniagaan Baju Raya. Kali ini pelawak terkenal, Zizan Razak memperkenalkan koleksi Baju Melayu dan Kurta menerusi Adam Hawa.

Jika anda berminat untuk dapatkan koleksi ini, anda boleh terus ke TikTok Shop di Adam.Hawa.HQ

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on โ€œ20 Jenama Baju Raya 2025 Sempena Lebaran. No 13 Paling Popularโ€

Leave a Comment