Senarai Baju Raya Bawah RM100 Harga Jimat Untuk Tahun 2024

By aiman

Published on:

baju raya bawah rm100

Zaman sekarang ni semua barang mahal. Jadi nak berjimat cermat, anda boleh tengok sini senarai baju raya bawah RM100 untuk anda dapatkan sempena Aidilfitri untuk tahun 2024 baik untuk lelaki dan wanita.

Baju raya antara keperluan yang dicari sekali setahun jika tiba hari lebaran. Selain itu, orang ramai juga pastinya menjadi kuih raya, barangan rumah dan sebagainya.

Tapi disebabkan harga barang kini sudah tinggi, jadi tidak boleh tidak, kita kena bijak berbelanja dan tahu keperluan mana yang boleh dijimatkan termasuklah baju raya.

Sekarang kalau tengok, baju melayu, baju kurung, kebaya yang merupakan pakaian hari raya harga dah meningkat dari sebelumnya. Tetapi sebenarnya masih ada penjual yang menawarkan pakaian dengan harga munasabah.

Jadi untuk anda yang sedang membuat persiapan Aidilfitri dan ingin mencari sepasang baju raya dengan harga jimat, anda boleh tengok sini senarai baju raya bawah RM100 untuk anda dapatkan.

Advertisements

10 Baju Raya Bawah RM100 Untuk Tahun 2024

Senarai ini adalah termasuk bagi pakaian lelaki dan wanita. Kebiasaanya pada Hari Raya Aidilfitri, lelaki akan pakai Baju Melayu, Batik atau Kurta. Manakala wanita atau perempuan dengan Baju Kurung, Kebaya, Blouse dan sebagainya.

Baju Raya Lelaki

1. Baju Melayu

baju melayu

Untuk jejaka diluar sana yang ingin bergaya di Aidilfitri, pastinya sepasang baju melayu is a must. Dengan baju melayu slim fit ini, anda boleh dapatkan sepasang dengan material premium pearl skin. Lagi pula ianya mudah digosok. Hanya berharga RM79 sahaja.

2. Pazze Baju Melayu Moden

Masih dengan baju melayu tetapi mengenakan design modern yang mana terdapat 2 zip di sisi badan kiri dan kanan. Baju ini juga mesra wuduk dimana didatangkan dengan 2 zip pada bahagian lengan.

Cutting pazze lebih kecil dan ikut badan berbanding daripada jenama lain. Bahagian pinggang lebih slim. Terdapat sponge terletak di atas bahu yang menampakkan bahu lebih tegap.

3. Baju Batik

Untuk anda yang nak hensem di hari raya, boleh cuba kemeja batik songket premium. Menggunakan cotton stretch premium selesai dipakai. Tidak panas. Ada corak songket dan pastinya kelihatan lebih bergaya.

4. Kurta

kurta

Bagi anda yang ingin tampil ringkas di pagi raya, anda boleh dapatkan Kurta dengan design dan cutting modern slim fit. Material yang digunakan adalah cromo crepe. Leher teluk belanga, lengan 3 suku, 1 poket sorok bahagian atas dan terdapat 15 pilihan warna.

Baju Raya Wanita

1. Kebaya

Untuk wanita yang ingin bergaya bersama baju kebaya sepasang, anda boleh dapatkan disini. Ianya didatangkan dengan sepasang baju dan skirt. Pelbagai saiz ditawarkan dari M/L/XL. Ianya menawarkan harga sekitar RM60 sahaja.

2. Baju Batik

Wan Kasturi Batik ada menjual Kebarung Baju Raya untuk tahun 2024 dengan harga RM80 sahaja. Anda boleh dapatkan kebaya placket bersama skirt yang didatangkan dengan batik floral design.

3. Kebaya With Pario Skirt

Baju kebaya yang didatangkan dengan Pario Skirt yang sangat cantik. Selain itu, terdapat juga inner yang pastinya selesa dipakai di pagi hari raya. Dengan pelbagai pilihan warna, anda boleh dapatkan dengan harga RM99 sahaja

Advertisements

4. Blouse With Pario Skirt

Indah Batwing Blouse yang didatangkan dengan Pario Skirt. Anda boleh melaram di pagi raya dengan baju raya bawah RM100 yang didatangkan dengan pelbagai pilihan warna. Material yang digunakan adalah satin.

5. Baju Kurung

Bagi menaikkan lagi seri di pagi Aidilfitri, anda boleh dapatkan sepasang baju kurung peplum daripada Nadha dengan kain cotton. Terdapat 8 pilihan warna yang ditawarkan dengan harga sekitar RM90 sahaja.

6. Blouse With Pleated Skirt

Pilihan kali ini adalah baju Blouse bersama pleated skirt pula. Blouse ini juga mengenakan cutting batwing yang didatangkan dengan zip yang tertutup pada bahagian hadapan. Material adalah soft crepe.

7. Kebaya Peplum Lace

Tyara moden peplum terbaru yang bakal menampakkan anda lebih gojes dan anggun di pagi raya. Didatangkan dengan 10 pilihan warna dimana material premium como crepe yang digunakan. Kain cutting mermaid, selesa dan tidak fit. Kain bergetah kiri dan kanan.

Dah jumpa baju mana yang menarik minat anda untuk pakai di hari raya nanti? Yang penting semua baju raya bawah RM100 sesuai dengan bajet.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

1 thought on “Senarai Baju Raya Bawah RM100 Harga Jimat Untuk Tahun 2024”

Leave a Comment