Baru-baru ini tiba-tiba di laman platform X (dahulunya Twitter) heboh pasal satu video yang mana bagi tahu kenapa di live TikTok tak boleh sebut warna nude, tapi sebut โNu-dey, Nu-deyโ.
Persoalan tersebut jika tanya pengguna TikTok sendiri, mungkin dieorang tahu, sebab mereka selalu di platform tersebut. Tapi di X, mungkin agak baru dan ramai sebenarnya tak tahu.
Kita semua sedia maklum, selain daripada perkongsian video pendek, di TikTok juga ramai yang berniaga secara online atau buat live Tiktok bagi menjual barang.
Sebab kita tumpang platform orang dan percuma pula tu, tuan rumah iaitu TikTok sendiri sebenarnya dah tentukan rules and regulation yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna.
Antaranya adalah dengan tidak menyebut perkataan yang tidak dibenarkan terutamanya ketika membuat live tiktok. Jika langgar arahan, akan kena โviolationโ atau boleh kena banned terus.

Jadi antara banyak-banyak perkataan, sebenarnya warna โNudeโ ini juga tidak boleh disebut. Untuk penjual atau seller baju raya terutamanya, warna tersebut ada warna yang biasa kita dengar, tapi bukan di tiktok.
Kenapa Live TikTok Tak Sebut Warna Nude?
Di TikTok, tak boleh sebut Nude adalah kerana ada unsur s3x atau harasment. Meskipun warna Nude itu sendiri adalah perkara yang baik.
Jadi sekiranya anda menyebut warna tersebut dalam live tiktok, bersiap sedialah. Mungkin anda akan diberi warning dan mungkin terus di blocked dan banned seperti yang dikongsikan oleh pengguna X @clautrofaa.
Oleh itu, seller di TikTok keluarkan inisiatif sekiranya ingin menyebut juga warna Nude, mereka akan sebut atau tukar kepada โNu-deyโ yang membawa maksud warna Nude.
Yang bukan pengguna tegar TikTok pasti ingat yang mana TikTokers ini tidak panda sebut english dan sebagainya. Tetapi sebenarnya tidak, ada sebab kenapa mereka sebut seperti itu.
Selain itu, sebut screenshot, Shopee, Lazada, Whatsapp dan sebagainya juga tak boleh. Jadi kena sebut perkataan lain yang tapi ada seakan bunyinya. Ada yang sebut Whatsapp=wasabi, Screenshot=cot, Shopee=sopeah dan sebagainya.
Perkataan-perkataan ini seakan promot produk daripada tempat lain. Pastinya tuan rumah, TikTok tak suka. Jadi jangan sebut secara terang. Masukkan la cheat code anda sendiri dan supaya user lain pun faham.