Nak tahu senarai kad bank menyokong Google Pay? Sekiranya anda pengguna Android, maklumat ini untuk anda. Jadi urusan pembayaran anda lepas ini lebih mudah dengan hanya menggunakan smartphone sahaja.
Google Pay kini semakin popular di Malaysia sebagai salah satu pilihan pembayaran digital yang mudah dan selamat.
Namun, tidak semua kad bank disokong untuk digunakan dengan Google Pay. Artikel ini akan menyenaraikan kad bank menyokong Google Pay di Malaysia, supaya anda boleh memulakan transaksi tanpa tunai dengan lancar.
Apa Itu Google Pay?
Google Pay ialah aplikasi pembayaran mudah alih yang membolehkan pengguna membuat pembayaran tanpa tunai di kedai fizikal, dalam talian, atau aplikasi khusus untuk peranti Android.
Ia menggunakan teknologi NFC (Near Field Communication) untuk transaksi tanpa sentuh dan membolehkan pengguna menyimpan kad debit atau kredit mereka secara digital dalam telefon pintar.
Dengan Google Pay, proses pembayaran menjadi lebih pantas dan lebih selamat kerana data kad dilindungi oleh tokenisasi sekuriti.
Senarai Kad Bank Menyokong Google Pay
Jika anda pengguna Android yang mempunyai ciri NFC pada smartphone tersebut, anda boleh simpan kad fizikal dalam Google Pay. Berikut adalah senarai bank di Malaysia yang menyokong Google Pay dan jenis kad yang diterima:
Bank | Kad Yang Diterima |
AmBank Berhad | Mastercard Kredit dan Visa Kredit |
Bank Muamalat | Visa Kredit dan Mastercard Debit |
CIMB | Mastercard Kredit |
Hong Leong Bank | Mastercard Kredit dan Visa Kredit/Debit |
Hong Leong Islamic Bank | Mastercard Debit |
HSBC | Mastercard Kredit dan Visa Kredit |
Maybank | Mastercard Kredit/Debit dan Visa Kredit/Debit dan MAE |
Public Bank | Mastercard Kredit/Debit dan Visa Kredit/Debit |
RHB Bank | Visa Kredit/Debit |
Standard Chartered | Visa Kredit dan Mastercard Kredit |
Wise | Visa Prepaid (Daftar sini) |
Bagaimana Untuk Menggunakan Google Pay?
Untuk memulakan penggunaan Google Pay di Malaysia, ikuti langkah mudah berikut:
1. Muat Turun Aplikasi Google Wallet
Pergi ke Google Play Store dan muat turun aplikasi Google Wallet. Pastikan peranti anda menyokong fungsi NFC untuk pembayaran tanpa sentuh.
2. Tambah Kad Bank
Selepas aplikasi dipasang, buka aplikasi Google Wallet dan pilih ‘Add to Wallet’. Masukkan maklumat kad kredit atau debit anda yang disokong dan ikuti langkah pengesahan.
3. Sedia Membuat Pembayaran
Setelah kad ditambah, anda boleh menggunakan Google Pay di mana-mana kedai atau laman web yang menyokong pembayaran tanpa sentuh atau pilihan pembayaran Google Pay.

Kelebihan Menggunakan Google Pay
- Pembayaran Lebih Selamat: Google Pay menggunakan teknologi tokenisasi untuk melindungi maklumat kad anda semasa transaksi, menjadikannya lebih selamat daripada kaedah pembayaran tradisional.
- Pembayaran Tanpa Sentuh: Tidak perlu mengeluarkan kad dari dompet anda. Hanya sentuhkan telefon pintar anda di terminal pembayaran.
- Mudah Digunakan: Anda boleh menambah lebih daripada satu kad ke dalam Google Wallet dan memilih kad mana yang ingin digunakan semasa membuat pembayaran.
Dengan lebih banyak kad bank menyokong Google Pay di Malaysia, ia menjadi salah satu cara pembayaran yang paling mudah dan selamat.
Sama ada anda pengguna kad CIMB, Hong Leong, atau Public Bank, anda kini boleh menikmati kemudahan pembayaran secara cashless atau tanpa tunai di mana-mana yang menyokong Google Pay.
Sekiranya bank anda masih belum menyokong, pastikan anda sentiasa menyemak perkembangan terkini untuk sokongan kad bank di Google Wallet.