Kenapa Perlu Servis Aircond Di Rumah? Ini Juga Kesan Jika Tidak Diservis

By aiman

Published on:

kenapa perlu servis aircond

Memang selalu persoalan ini timbul, kenapa perlu servis aircond kita yang berada di rumah? Kalau tak servis, apa akan jadi pada peralatan elektrik tersebut? Adakah akan rosak, ataupun ok je kalau tak servis?

Air conditioner atau pendingin hawa merupakan salah satu peralatan elektrik yang menjadi keperluan utama di kebanyakan rumah, terutama di kawasan beriklim panas seperti di Malaysia. Kalau kena musim panas, memang hari-hari akan guna aircond di rumah.

Walaupun digunakan hampir setiap hari, ramai yang terlepas pandang kepentingan menyelenggara aircond secara berkala. Kenapa servis aircond di rumah sangat penting dan bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada anda sekeluarga.

Kenapa Perlu Servis Aircond Yang Berada Di Rumah?

Antara 5 sebab kenapa anda perlu servis aircond anda yang berada di rumah adalah :

Advertisements

1. Menjimatkan Bil Elektrik

Jangan terkejut jika bil elektrik anda lebih tinggi dari kebiasaan! Salah satu puncanya mungkin disebabkan oleh aircond yang dibiarkan tanpa penyelenggaraan yang betul.

Perkara ini boleh terjadi kerana, apabila habuk terlalu banyak terkumpul, aircond menggunakan lebih tenaga untuk menggerakkannya. Inilah yang mempengaruhi penggunaan elektrik anda.

Tinggi tenaga digunakan, tinggi juga la bil elektrik anda.

2. Mengelakkan Kebocoran

Sedang anda lena tidur bersama keluarga, tiba-tiba air menitis dari aircond sampai basah cadar dan bantal! Alamak aircond keluar air la pula. Aircond yang tidak diservis mengikut jadual boleh menyebabkan saluran air tersumbat dengan lumut dan habuk.

Apabila sudah terlalu kotor, aircond berada pada tahap sumbat yang terlalu kritikal dan sangat perlu untuk diservis! Jadi servis aircond anda segera.

3. Memanjangkan Jangkahayat

Aircond yang diselenggera dengan baik mengikut jadual atau tempoh yang ditetapkan akan lebih tahan lama. Inilah rahsia aircond masih elok walaupun sudah bertahun-tahun digunakan.

DAPATKAN : Aircond Dengan Harga Bawah RM1000

4. Supaya Udara Bersih Dan Nyaman

Untuk mendapatkan udara yang bersih, aircond hendaklah diservis mengikut jadual yang ditetapkan.

Advertisements

Ini kerana, jika aircond terlalu kotor, ia akan menyebar keluar habuk-habuk kecil ke dalam udara yang dihirup oleh anak-anak.

Jika dibiarkan, ia boleh menjadi salah satu punca anak kerap demam dan mengalami masalah-masalah kesihatan yang lain juga.

5. Mencegah Masalah Besar pada Masa Depan

Servis berkala juga dapat mengesan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih serius. Sebagai contoh, kebocoran gas, kerosakan pada kompresor, atau masalah pendawaian boleh dikesan lebih awal dan diperbaiki dengan kos yang lebih rendah.

Servislah aircond mengikut jadual supaya udara sentiasa bersih dan nyaman demi orang tersayang.

Sumber : Ben Aircond Servis

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment