Buka fon tengok tiba-tiba keyboard Whatsapp tidak ada enter. Macam mana boleh berlaku? Sedangkan jika guna keyboard pada aplikasi lain, butang enter tersebut masih ada.
Adakah anda pernah mengalami situasi sebegini? Anda perasan secara tiba-tiba butang enter tidak muncul jika anda menggunakan aplikasi Whatsapp. Untuk apps lain ada je.
Jangan risau, sebenarnya ini bukan disebabkan glitch atau error daripada smartphone anda sendiri atau daripada aplikasi permesejan Whatsapp itu sendiri. Tetapi ada featured yang ter’on’ dengan sendiri.
Cara Untuk Munculkan Kembali Keyboard Whatsapp Tidak Ada Enter
Untuk pengetahuan, perkara ini biasanya hanya akan berlaku kepada pengguna Android sahaja tidak kira lag anda guna Samsung, Pixel, Oppo, Xioami dan sebagainya.
Ianya tidak akan berlaku kepada pengguna iOS atau iPhone sama sekali. Ini kerana ciri untuk ‘tukar’ butang enter ini tiada pada iPhone, hanya ada di smartphone Android sahaja.
Jadi cara untuk untuk munculkan kembali butang enter pada keyboard Whatsapp adalah seperti berikut :
- Buka apps Whatsapp dan pergi ke Setting
- Pada bahagian setting, cari Chats
- Di Chat settings ada pilihan Enter is send
- Sekiranya anda ‘on’ kan butang enter akan hilang dan ianya menjadi ‘enter is send’
- Sekiranya anda ‘off’, butang enter akan muncul dan berfungsi seperti biasa
- Jadi kalau anda ingin dapatkan butang enter pada keyboard Whatsapp, ‘off’ kan pilihan tersebut
- Selesai
Jika ada pada awalnya, butang enter tidak muncul pada keyboard Whatsapp anda, ini bermakna pilihan tersebut telah ‘on’. Jadi anda perlu ‘off’ kan untuk dapatkan balik butang enter tersebut.
Macam mana dah cuba? Dah berjaya dapatkan kembali butang enter tersebut? Jadi lepas ini, baru boleh anda tulis panjang-panjang bersama perenggan kan. Tiada lagi masalah kalau keyboard whatsapp tidak ada enter.
Kalau tidak sebelum ini, tulis panjang-panjang tanpa ada perenggan kan. Jadi tulisan atau perkongsian anda di Whatsapp tidak cantik la kan. Semoga bermanfaat.
Sumber : Whatsapp