Saingan Liga Super 2024/2025 bersambung kembali selepas hampir 3 minggu berehat dan perlawanan pembukaan melibatkan Kuching City vs PDRM.
Seperti yang dijadualkan, perlawanan pertama ini akan berlangsung pada 12 Julai 2024, iaitu pada hari Jummat bertempat di Stadium Negeri di Kuching. Waktu sepak mula adalah pada jam 8.15 malam.
Untuk anda yang tidak dapat datang ke stadium, anda boleh saksikan secara langsung perlawanan ini di kaca tv iaitu menerusi Arena Bola di saluran Astro 803 atau secara live streaming di Sooka.
Aksi Kuching City vs PDRM Dalam Perlawanan Ini
Tuan rumah, Kuching City masih lagi mencari 3 mata sulung sejak daripada permulaan liga. Ini kerana, setakat ini, mereka masih belum meraih sebarang kemenangan baik bermain di tempat sendiri mahupun di halaman lawan.
PDRM pula sudah pastinya juga untuk mendapatkan kemenangan kedua dalam perlawanan ini, selepas memperolehnya ketika menentang Perak pada Mei lalu.
Mereka kini hanya 1 mata sahaja didepan Kuching City iaitu dengan 4 mata yang mana perlawanan ini mungkin akan ada perubahan kedudukan dalam liga jika ada keputusan menang dan kalah.
Masing-masing mempunyai peluang untuk meraih kemenangan. Tetapi pastinya kelebihan terarah kepada Kuching City selaku tuan rumah.
Bermain di halaman sendiri dan di depan penyokong sendiri, sedikit sebanyak akan memberikan tonik tambahan kepada pemain-pemain Kuching City.
Keputusan Perlawanan
Jadi jangan lupa untuk saksikan perlawanan Kuching City vs PDRM untuk saingan Liga Super 2024/2025 bagi minggu kelima (LS5) pada Jumaat ini, iaitu 12 Julai 2024.
FT : Kuching City (2) – (0) PDRM
- Daniel Amier 2′
- Jordan Mintah 90+1′ (P)
Masa : 8.15 Malam
Venue : Stadium Negeri
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka