Filem Pecah Panggung Lilo & Stitch Ditayangkan di Disney+ Hotstar pada 3 September Ini

By aiman

Published On:

Follow Us
lilo & stitch di disney hotstar

Gelombang gelak tawa terus bergema apabila filem aksi-nyata yang mendapat kutipan berbilion dolar, Lilo & Stitch, akhirnya tiba di Disney+ Hotstar Malaysia pada 3 September.

Kongsikan komedi luar biasa ini bersama ‘ohana’ anda bila-bila masa dan di mana sahaja, dan nikmatilah pengembaraan yang tidak dapat dilupakan yang penuh dengan keriuhan, kecomelan dan mencuit hati.

lilo & stitch

Lilo & Stitch terbitan Disney kini secara rasmi telah melepasi kutipan sebanyak $1 bilion di seluruh dunia, menjadikannya filem pertama di bawah Motion Picture Association (MPA) pada tahun 2025 yang mencapai kejayaan itu.

BACA JUGA : Senarai Filem Ditayangkan Di Pawagam Tahun 2025

Selepas tayangan sulungnya pada hujung minggu Memorial Day yang mencatat rekod $183 juta, filem ini telah menjadi filem MPA dengan kutipan tertinggi tahun ini di seluruh dunia dan pasaran antarabangsa.

Kisah klasik animasi Disney ni kembali dengan versi baru yang lagi segar, penuh gelak tawa dan momen menyentuh hati antara Lilo dan Stitch, si “haiwan peliharaan” luar biasa.

Latar tropika yang indah memberikan visual yang menenangkan, sehangat ikatan ‘keluarga yang ditemukan’ antara Lilo dan Stitch, sambil menghormati budaya dan keindahan Hawai’i.

Filem ini diarahkan oleh Dean Fleischer Camp, pengarah yang pernah dicalonkan Anugerah Oscar, dan dibintangi oleh Sydney Elizabeth Agudong, Billy Magnussen, Tia Carrere, Hannah Waddingham, Chris Sanders, bersama Courtney B. Vance dan Zach Galifianakis, serta memperkenalkan Maia Kealoha.

lilo & stitch di disney hotstar

Nak throwback? Anda boleh tonton semula cerita animasi klasik yang jadi permulaan semua ni – serta koleksi penuh francais Lilo & Stitch yang sangat digemari dimana semuanya tersedia di Disney+ Hotstar.

Dengan lebih 640 juta jam tontonan secara global, francais ini terus menawan hati dan menghiburkan peminat di seluruh dunia. Sekuel baharu juga kini sedang dalam pembangunan.

Sinopsis Filem Lilo & Stitch

Rasai sendiri versi aksi nyata yang kelakar dan menyentuh hati daripada kisah animasi klasik Disney ni.

Apabila seorang gadis kesunyian bernama Lilo mengambil Stitch, seekor “anak anjing” makhluk asing, Stitch membantu memulihkan keluarga Lilo yang telah retak, tetapi dalam yang sama, dia sempat buat kecoh satu Hawaii dengan perangainya yang kelakar.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now