Senarai Lokasi Pasar Malam Shah Alam 2024 Di Selangor

By aiman

Published on:

lokasi pasar malam shah alam

Mungkin anda warga tempatan ataupun baru sampai dikawasan baru ini, jadi disini kami bantu senaraikan semua lokasi pasar malam Shah Alam terbaru untuk tahun 2024. Boleh la datang dapatkan juadah makanan yang dinginkan.

Pasar malam juga sebenarnya adalah salah satu tarikan utama di ibu negeri, Selangor ini. Disinilah pelbagai jenis makanan, barangan dan pengalaman unik yang anda boleh peroleh. Macam-macam makanan ada dijual.

Advertisements

Setiap minggu, pasti meriah dengan pengunjung dimana mereka dapat nikmati suasana yang meriah dan dapatkan makanan dan keperluan harian dengan harga yang berpatutan. Biasanya di pasar malam ini, harganya lebih murah kan.

Senarai Lokasi Pasar Malam Shah Alam Terbaru Tahun 2024

Sebelum itu, untuk tips menarik ke pasar malam; pastikan datang awal untuk mengelakkan kesesakan dan boleh dapatkan pilihan makanan dan minuman yang lebih banyak. Bawa wang tunai yang secukupnya. Akhir sekali, rancang perbelanjaan dan jangan membazir.

Berikut merupakan senarai lokasi pasar malam Shah Alam yang anda boleh kunjungi pada setiap waktu operasi yang ditentukan oleh pihak MBSA.

Advertisements
KawasanLokasi TapakHari Operasi
Seksyen 6Tempat Letak Kereta Pasar ModenSelasa & Jumaat
Seksyen 7Jalan Plumbum 7/98 (Belakang Gerai Majlis)Rabu
Seksyen 16Jalan 16/3Isnin
Seksyen 17Tempat Letka Kereta Pasar Malam Seksyen 17/9Selasa
Seksyen 17Jalan Padang, Kg. Padang JawaJumaat
Seksyen 18Jalan 18/A dan 18/2Isnin
Seksyen 19Jalan 19/D dan 19/ESabtu
Seksyen 20Jalan Singa C 20/CSabtu
Seksyen 24Jalan 24/B dan 24/15Rabu
Seksyen 25Jalan 25/38Jumaat
Seksyen 27Jalan 27/6Khamis
Seksyen 28Jalan 28/35Isnin
Seksyen 30Lorong Hj Yusof, Kg. Jalan KebunSelasa
Seksyen 30Lorong Hj Said, Kg. Jalan KebunJumaat
Seksyen 31Jalan Anggerik Mokara 31/E (Kota Kemuning)Selasa
Seksyen 32Jalan Rezab Buang, Kg. Bukit NagaJumaat
Seksyen 34Jalan Stering 34/6Isnin
Seksyen 36Jalan Sg. Kandis, Kg. Sungai KandisRabu
Seksyen 36Jalan Nagasari 36/1, Desa LataniaSabtu
Seksyen U2Jalan Saujana Indah 1 (TTDI Jaya)Jumaat
Seksyen U5Jalan Bulan BV U5 (Subang 2)Sabtu
Seksyen U5Kg. Melayu Subang TambahanKhamis
Seksyen U5Mah Sing (Jalan U5/18A, Pinggiran Subang)Rabu
Seksyen U6Dataran Pasar Tani, Kg. Bertik SubangIsnin
Seksyen U6Dataran Pasar Tani, Kg. Melayu SubangSabtu
Seksyen U13Jalan A U13/A, Setia AlamAhad
Seksyen U16Taman Bukit SubangRabu
Seksyen U19Kg. Paya Jaras TengahSelasa, Khamis & Sabtu
Seksyen U20Jalan Perushaan 1/AIsnin

Senarai lokasi pasar malam Shah Alam ini adalah dikeluarkan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Jadi anda boleh pilih mana-mana lokasi yang berdekatan dengan anda untuk nikmati pelbagai jualan di pasar malam.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang ke pasar malam Shah Alam dan alami sendiri kemeriahan dan keunikannya.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment