Lokasi Self Collect Shopee Di Temerloh (CollectCo Step up)

By aiman

Published on:

self collect shopee di temerloh

Nampaknya sekarang Temerloh pun dah ada pilihan Self Collect Shopee atau Pusat Pengambilan Sendiri bagi barangan yang anda order atau buat pesanan di Shopee.

Tapi satu persoalan timbul, kat mana lokasi Self Collect Shopee di Temerloh tu?

Biasanya, pengguna atau kita sendiri yang shopping di Shopee pastinya akan membuat pilihan untuk penghantaran terus ke rumah. Beli barang, kemudian tunggu sahaja barang tersebut deliver ke depan pintu rumah.

Advertisements

Tapi kini Shopee ada menyediakan satu lagi perkhidmatan yang dinamakan ‘Self Collect’ atau ‘Pengambilan Sendiri’. Ini bermaksud, barang yang anda order di Shopee akan dihantar di satu pusat lokasi berhampiran rumah anda dan anda perlu ambil sendiri disana bila sudah delivered.

Mungkin nampak merenyahkan, tetapi ciri ini kini memberi pilihan ‘free delivery’ yang mana anda tak perlu bayar untuk kos penghantaran. Dengan itu, anda hanya perlu bayar harga barang sahaja dan dapat ‘free postage’

Self Collect Shopee

Setakat Mac 2024, Self Collect Shopee ini kini sudah berada di seluruh negara termasuk di Pahang, Negeri Sembilan, Lembah Klang, Kedah, Terengganu, Kelantan dan setiap negeri yang lain kecuali Sabah dan Sarawak.

Jika penghantaran ke rumah anda boleh beli apa-apa sahaja barang di Shopee, tetapi tidak untuk perkhidmatan Self Collect Shopee. Ini kerana, hanya barangan yang berharga RM80 kebawah sahaja boleh menggunakan ‘Pengambilan Sendiri’ ini.

Selain itu, barang mesti berat bawah 12kg dengan saiz 40x40x40cm. Jika lebih daripada ciri-ciri ini, tak boleh guna Self Collect.

Lokasi Self Collect Shopee Di Temerloh, Pahang

Jadi untuk penduduk di Temerloh khususnya, kini terdapat 1 lokasi Self Collect yang anda boleh gunakan. Nama Self Collection Point tersebut adalah CollectCo Step Up. Lokasinya adalah di Bandar Baru.

Advertisements

Address : No. 2, Jalan Sudirman 5, 28000 Temerloh Pahang

Lokasi dia betul-betul dalam kedai kasut DE FA Enterprise berhadapan dengan eMart. Ada kain rentang dengan memaparkan ‘Drop Your Shopee Xpress Parcels Here’. Jadi kalau anda pilih untuk untuk ‘Self Collect’ di Temerloh, anda boleh datang ke pusat pengambilan disini. Lokasi DISINI.

Cara Ambil Barang Self Collect Shopee

Jika barang anda sudah sampai di Self Collection Point, anda akan menerima notification yang memaparkan ‘Ready for Collection’. Dalam tempoh 7 hari, anda perlu ambil barang anda tersebut. Sekiranya gagal berbuat demikian, barang anda tersebut akan dipulangkan semula.

Cara untuk collect barang anda tersebut, hanya perlu bawa Collection PIN yang diberikan dalam aplikasi Shopee anda tersebut. Nanti scan dan boleh ambil barang tersebut. Selesai.

Info lanjut, boleh tengok di FAQ Shopee DISINI.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment